Anak Lelaki Sari Yanti Terima Anugerah Kecemerlangan Akademik, Netizen Puji Macam Kakak Dan Adik

Share

Pelakon bertubuh kecil molek, Sari Yanti sering mencuri perhatian peminat. Sekalipun sudah bergelar ibu kepada 5 orang cahaya mata. Isteri kepada Jep Sepahtu ini sentiasa menjaga penampilan yang kelihatan sentiasa cantik dan berseri-seri.

ARTIKEL BERKAITAN : “Jangan Lupa Pesan Mama…”, Anak Lelaki Ceburi Bidang Lakonan. Abby Abadi Titip Pesanan

Sari Yanti sering berkongsi foto bersama anak-anaknya di Instagram yang sekali gus mencuri perhatian wargamaya.

Terbaru, perkongsian Sari berkenaan anak sulungnya menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik sebuah gambar ke laman Instagramnya.

 

Menerusi gambar tersebut, Sari memberitahu Barr Al Aliy  sudah berusia 13 tahun dan mendapat Anugerah kecemerlangan Akedemik. Dalam pada itu Sari sempat mengucapkan tahniah dan mendoakan anaknya terus cemerlang.

Rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah dan memuji wajah Sari yang kelihatan awet muda. Malah, mereka mengatakan si ibu dan anak bagaikan kakak dan adik.

Wah, pandai Sari dan Jepp mendidik anak-anak mereka. Tahniah abang Barr…

Untuk info, Sari Yanti sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki dua orang anak lelaki sebelum berkahwin buat kali ke dua dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017.

BACA LAGI : Bertuah Badan, Anak Lelaki AC Mizal Terima Hadiah Mercedes Benz Di Hari Jadi Yang Ke-18

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana