Sarung bantal yang tidak ditukar secara berkala boleh menjadi medium pemindahan bakteria, minyak dan kotoran ke muka, sekali gus menyebabkan jerawat.
Menurut perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, sarung bantal yang kotor menyimpan pelbagai jenis kotoran termasuk peluh, minyak, sel kulit mati, dan bakteria.
Kotoran ini berkumpul dan menyumbat pori wajah anda tanpa disedari.
Ada pelbagai cara anda boleh mengatasi kesan kotoran ini termasuklah menggunakan pelbagai bahan semula jadi.
Noda kulat awal dicirikan oleh bintik-bintik kecil kekuningan, tetapi dari masa ke masa bintik hitam boleh muncul. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Bagi mengatasinya, anda boleh merendam bantal dalam air panas yang dicampur dengan boraks. Biarkan selama 30 minit sebelum membersihkannya.
Kotoran melekit juga sering mencemarkan bantal. Lebih-lebih lagi jika anda sering makan atau menikmati makanan ringan di atas tilam, contohnya kesan coklat atau gula-gula getah.
Dalam kes ini, anda boleh mengikis kotoran dengan perlahan-lahan.Namun, langkah pertama yang perlu diambil ialah mengambil ais untuk diletakkan pada kesan melekit supaya ia mengeras.
Kemudian, gosokkan kesan yang mengeras dengan sudu plastik sehingga semua kesan melekit hilang. Selepas itu, gunakan larutan sabun untuk membersihkan noda.
Jika anda menggunakan bantal kekabu di rumah, ia tidak boleh dibasuh dengan air. Namun, ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai alternatif pembersihan maksimum.
Terutama untuk kesan kulat, anda boleh membuka sarung dan jahitan bantal, kemudian mengeluarkan semua kapas. Seterusnya, jemur kekabu di bawah sinar matahari supaya kulat dan kuman hilang.
Bagi fabrik bantal yang ada kesan kotoran seperti kesan peluh, seelok-eloknya basuh menggunakan detergen. Pastikan pengeringan dilakukan dalam satu hari dan menyeluruh supaya ia tidak mencetuskan bau hapak.
Kesan kuning pada bantal boleh dicuci dengan menggunakan air lemon. Selain jemurkan di bawah matahari, anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan menggunakan larutan peluntur buatan sendiri.
Hanya sediakan 3 liter air, suku jus lemon dan 1 cawan peluntur dan kemudian campur semua bahan. Jangan lupa untuk mencuci bantal terlebih dahulu dengan mengikuti garis panduan pembersihan yang betul.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.