Hiburan

Sasha Saidin Kongsi Gambar Keluarga, Wajah Anak Teruna Jadi tumpuan!

Share

Haish, tak lekang mata kami dari melihat foto-foto keluarga yang dikongsikan oleh Sasha Saidin sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Shasha Saidin nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Penyanyi yang cukup popular bersama rakan kumpulan Elite yang lain suatu masa dahulu kini masih aktif dalam bidang seni. Sasha Saidin juga memiliki seorang anak lelaki tunggalnya, Adam Aryasenna Notosoemarsono atau Arya yang kini menginjak remaja.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Teruna Puan Sri Tiara Warisi Ketampanan Bapa, Curi Tumpuan Netizen!

Hantaran di media sosial miliknya itu mengundang tumpuan ramai. Masakan tidaknya, beliau sebelum ini jarang menunjukkan wajah ahli keluarga.

Perkongsian gambar sekeluarga itu dimuat naik pada hari raya ketiga yang memaparkan Sasha bersama suaminya, Sirhan Wahab dan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono.

Paling mencuri tumpuan pastinya anak lelakinya itu yang kini menginjak ke alam remaja. Mesra disapa Arya, jejaka itu kini sudah melepasi ketinggian si ibu tersayang walaupun baru belasan tahun usianya.

 

Menerusi kapsyennya, Sasha berseloroh kononnya permohonan beliau untuk memuat naik gambar tersebut sudah diluluskan.

Permohonan post gambar raya bersama suami dan anak remajaku tahun ini akhirnya telah diluluskan, moga tahun depan permohonan diterima lagi so kena start lobi awal-awal nanti. Sekali setahun kan. Siapa yang senasib saya?,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji wajah dan ketinggian anak lelaki aktres berkenaan.

Malah ada juga yang mengakui turut mengalami situasi sama seperti Sasha bab bergambar dengan famili.

Info Tambahan : Sasha berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.Pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono.

Kini, Sasha bahagia dengan perkahwinan ketiga bersama Sirhan dan pasangan tersebut menetap di Dubai.

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi begitulah perumpamaan anak lelaki Sasha ni, dah mak nya mat saleh kan..

 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana