Semalam, REMAJA menyiarkan kisah Quaden Bayles, mangsa buli berusia 9 tahun di sekolahnya. Lebih menyayat hati, rakaman video dirinya menangis dan meminta tali untuk menggantung dirinya kerana tidak tahan dibuli mendapat perhatian seluruh dunia. Quaden turut meminta seseorang mengambil nyawanya kerana dia sudah tidak tahan dibuli.
Ekoran itu, videonya dibuli mendapat perhatian dunia sehingga begitu ramai bersimpati dan meminta agar budaya buli ini dihentikan dengan segeraa. Bagi mengubat luka hatinya, satu tabung GoFundMe turut ditubuhnya oleh pelawak terkenal, Brad William yang mana jumlah kutipan sudah mencecah lebih AUD150,000. Niat mereka adalah bagi memberi kebahagiaan kepada Quayen untuk membawanya ke Disneyland dan menginap hotel di sana.
Dalam kisahnya mendapat perhatian dunia termasuk di kalangan selebriti ternama Hollywood, timbul satu dakwaan dibuat seorang individu bahawa ibu Quaden sebenarnya menipu orang ramai untuk tujuan duit.
Lebih memeranjatkan ada yang mendakwa usianya 18 tahun dan bukan 9 tahun. Dan jangan hairan, dia merupakan seorang pelakon dan instafamous.
Dalam laporan Astro Awani yang disiarkan hari ini, turut menyiarkan temuramah yang dibuat pada 2015 di mana Quayen dan ibunya, Yarraka Bayles pernah muncul satu temuramah berkenaan penyakit dialaminya Studio 10 dan dicatatkan usianya ketika itu adalah 4 tahun sekaligus memberi kebenaran usianya sekarang adalah 9 tahun (rakaman video ibunya yang tular seluruh dunia membuktikan usianya 9 tahun).
Sejak semalam, rakaman Quaden yang menangis dipercayai akibat dibuli mendapat perhatian badan kebajikan dan selebriti seperti Chatri Sityodtong, Jillian Barberie, Brad Williams, dan Hugh Jackman.
Bukan itu sahaja, pasukan ragbi The Indigenous All Stars turut menjemput Quaden untuk mengetuai pasukan mereka dalam perlawanan National Rugby League All Stars yang berlangsung Sabtu ini.
Quaden Bayles mula mendapat perhatian umum apabila ibunya muat naik sebuah video dilaman Facebook mengenai anaknya yang dibuli.
Tujuan video tersebut dimuat naik adalah untuk meningkatkan kesedaran bahaya buli kepada masyarakat umum.
Jadi, korang rasa kita yang dah “dibuli” dengan video palsunya atau memang betul Quaden dibuli? Korang nilailah sendiri ya.