Satu-persatu kes kompaun sebanyak RM50,000 dilaporkan berlaku terutamanya di negeri Kelantan sejak kebelakangan ini. Warganet terus-menerus bersimpati dengan jumlah kompaun tinggi yang dikenakan ke atas rakyat biasa itu.
Sebaliknya, ramai yang mengecam pihak berkuasa kerana dikatakan tidak bertindak adil kepada rakyat terutamanya para peniaga kecil.
Salah satu kes dikompaun yang paling mendapat perhatian adalah yang melibatkan seorang peniaga gerai burger yang dikompaun kerana membuka gerai melebihi waktu operasi.
Kes tersebut tular sehinggakan ia mendapat perhatian usahawan dan selebriti, Noor Neelofa yang mengumumkan ingin menolong peniaga terbabit dalam melakukan pembayaran.
Artikel Berkaitan : Muat Naik Moreh Burger, Warganet Bengang Dan “Troll” Neelofa? – REMAJA
BACA LAGI : Abang Burger Dikompaun RM50 Ribu, Caprice Tampil Bantu Dan Buka Tabung Bantuan – REMAJA
Begitupun, hasil ‘siasatan’ beberapa warganet mendapati bahawa peniaga itu rupa-rupanya masih bertindak degil untuk beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan di Kelantan!
Dia dikatakan telah diberi amaran beberapa kali sebelum ini. Bukan saja warung itu dibuka hingga lewat malam; malahan hingga jam 4 pagi mengikut kenyataan peniaga burger itu sendiri di Facebook. Kawasan itu juga dikatakan menjadi ‘port’ lepak bagi pelanggannya.
1) Kesalahan dia pernah kena denda dan kompaun RM1k , kemudian tidak ambil iktibar dan pengajran tetapi dia mengulangi kesalahanya 2,3 kali.
2) Tiada Sop dan melanggar Sop yg ditetapkan
3) Menganggu jiran tetangga pic.twitter.com/Depds0DoDE
— 🍔MalayFoodHunter🍔 (@MalayFoodHunter) April 29, 2021
Setelah kerap melanggar SOP sejak tahun 2020 lagi, langkah terakhir pihak penguasa tentulah memberikan kompaun yang ditetapkan kerajaan.
Tambahan pula, negeri itu kini sedang berada di bawah perintah PKP. Lalu tentulah peraturan yang dikenakan adalah lebih ketat.
Dalam pada itu, ada juga warganet yang mendedahkan peniaga burger tersebut selama ini menjalani kehidupan mewah. Foto pemiaga itu makan di restoran mewah dan berkereta premium telah disebarkan di media sosial.
Sekali lagi rakyat Malaysia terlalu awal dalam menjatuhkan tohmahan kepada pihak berkuasa. Senang cerita, kena ‘game’- lah kita semua. Ataupun sememangnya jumlah kompaun RM50,000 ini adalah keterlaluan?
*
Sebelum ini, terdapat satu lagi kes yang membuatkan rakyat tertipu ‘bulat-bulat’.
ARTIKEL BERKAITAN : Bukan Biasa-Biasa, Remaja Terima Ucapan Tahniah Dari YB KJ Kerana Dapat Biasiswa NASA – REMAJA
BACA LAGI : Satu Malaysia Kena ‘Game’ Dengan Emel Scam Biasiswa NASA, Ini Pesanan KJ.. – REMAJA