Rezeki kehidupan bukan saja hadir daripada Yang Esa dalam bentuk wang Ringgit dan harta-benda yang melimpah ruah sahaja.
Malah, kebahagian yang tersemat dalam jiwa kita juga merupakan satu bentuk rezeki yang sukar sekali untuk diungkapkan. Apatah lagi apabila melihat ahli keluarga sendiri mengecapi kejayaan yang bermakna untuk diri mereka.
Ia jelas dirasai oleh pelakon berpengalaman, Didie Alias pada minggu ini setelah anak ketiganya, Nur Dinie Mohd Ridzuan akhirnya bergelar graduan kelas pertama ijazah sarjana muda dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa daripda Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Satuk ketika dahulu, Didie pernah mendedahkan kepada peminat mengenai pergelutannya dalam membesarkan kesemua enam orang anaknya sebagai seorang ibu tunggal.
Namun segala pengorbanan yang pernah dilakukan oleh isteri kepada Norisham Ismail ini terbalas jua olehNya setelah satu-persatu anaknya ‘menjadi’ dan menamatkan pengajian dengan jayanya.
“Alhamdulillah syukur. Satu-satu Allah curahkan kebahagian buat mumy. Seorang lagi anakanda mumy terima Bachelor in International Business.
“Tanhniah Dinie Ridzuan buat mumy rasa mumy adalah wanita terbahagia dunia akhirat. Hilang segala penat lelah mumy. Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih Allah,” tinta pemilik nama penuh Fadzilah Mohd Ali ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Didie jelas gembira meraikan momen Dinie menyarungkan jubah konvokesyen sambil mengendong cucunya.
Ya betul!
Ads
Dinie terlebih dahulu telah menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan, Hanif Lutfi pada tahun 2021 dan hanya enam bulan lalu, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Hannah Jasmine.
Peranan Dinie sebagai seorang isteri dan ibu langsung tidak memadamkan semangatnya untuk menggapai skrol tersebut. Terdahulu, Dinie pernah menuntut di sebuah universiti dalam bidang sains. Begitupun, dia memutuskan untuk berhenti belajar di sana atas sebab-sebab tertentu sebelum memohon menyambung pengajiannya di UniKL.
Kata Dinie, sepanjang tiga tahun dia bergelumang dalam pengajian di UniKL, dia tidak penah merasai sedikit pun kebencian terhadap pelajaran disebabkan niat ikhlas yang dipasang olehnya untuk membanggakan keluarganya.
Ads
“Tentunya, saya tidak menggalakkan anda untuk melepaskan matlamat anda (seperti yang dilakukan sewaktu mengambil jurusan sains). Bagaimanapun, anda lebih mengerti hati sendiri. Ikutlah kata hati dan anda akan tiba di destinasi yang dituju.
“(Kepada keluarga saya), terima kasih kerana menerima saya seadanya, (walaupun) degil tidak mahu dengar cakap. Selalu melakukan benda mengikut kepada sendiri.
“Mamy Didie, Daddy Ayah, you guys rock. Terima kasih kerana selalu percayakan saya dan adik-beradik yang lain. Walaupun ketika saya berhenti dahulu, ibu saya marah. Sedikit demi sedikit saya kembalikan kepercayaannya pada saya dan kini dia menyokong saya sepenuhnya,” ujarnya.
Tahniah Didie & Dinie! Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalannya, bukan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengumumkan sedang sarat hamil cahaya mata kedua sekitar awal Februari lalu, penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Rihanna merancang untuk berkahwin bersama kekasihnya yang juga rapper terkenal, A$AP Rocky sebelum menyambut kelahiran bayi mereka itu kelak.
Menurut sumber terdekat, penyanyi lagu popular Where Have You Been itu sudah pun membuat persiapan untuk resepsi perkahwinannya selain tidak sabar untuk menukar statusnya sebagai seorang isteri.
Ketika majlis perkahwinannya nanti, Rihanna turut menjemput keluarga dan saudaranya bagi meraikan hari bahagianya yang akan diadakan di kampung halamannya di Barbados.
“Belum ada rancangan lagi tentang bila perkahwinan itu akan diadakan, tetapi ia akan diadakan sebelum bayi itu dilahirkan. Dia mengatakan sentiasa mahu berkahwin dan A$AP adalah insan selama-lamanya dalam hidupnya.
“Perkahwinan itu juga akan diadakan di Barbados kerana mereka berdua mempunyai keluarga di sana, tempat itulah yang menyatukan mereka, justeru ia sangat istimewa di hati mereka,” katanya.
Bukan itu sahaja, sumber turut mendedahkan majlis perkahwinan Rihanna akan dihadiri ramai rakan selebriti antaranya Beyonce dan suaminya, Jay-Z serta Adele
Namun, Rihanna bagaimanapun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hal tersebut.
Terdahulu, penyanyi lagu popular Pour It Up itu pernah menjalinkan hubungan bersama penyanyi-penyanyi terkenal antarangbangsa iaitu Chris Brown, Drake dan ahli perniagaan Saudi, Hassan Jameel.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dah lama rasanya kita tak menjejakkan kaki ke panggung wayang kerana situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.
Sumber Gambar : Time Out
Tapi korang jangan risau, pihak GSC sebentar tadi telah mengeluarkan pengumuman ini yang dikongsikan melalui laman media sosial GSC di Twitter dan Facebook.
Namun, GSC hanya mengumumkan 9 lokasi panggung wayang akan dibuka semula pada 16 Disember 2020.
Pembukaan semula panggung wayang GSC ini akan bermula pada 16 Disember 2020 iaitu pada hari Rabu pada jam 6 petang. Tetapi bukan semua panggung GSC dibuka tetapi setakat ini hanya 9 lokasi sahaja dijadualkan akan mula beroperasi iaitu :
GSC Aman Central
GSC Gurney Plaza
GSC Sunway Carnival
GSC Dataran Pahlawan
GSC AEON Bandaraya Melaka
GSC Alamanda Putrajaya
GSC East Coast Mall
GSC Mentakab Star Mall
GSC CityONE Megamall, Kuching
Sebelum ini, semua panggung wayang telah memberhentikan operasi bermula pada awal November 2020 yang lepas berikutan kes jangkitang COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika itu. Selain itu juga, ianya bagi mengelakkan kerugian besar bagi industri panggung wayang.
So, jom siapa nak belanja penulis tengok wayang ni….hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir setahun menyepi, penyanyi dan juga anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin akhirnya berkongsi perkembangan terbaharunya menerusi akaun Instagram miliknya.
Apa yang menarik perhatian adalah gambar hitam putih yang memperlihatkan Najwa mendukung seorang anak kecil.
Menerusi kapsyen berkenaan Najwa turut meletakan beberapa perkataan dengan tanda berpagar seperti ibu, kehidupan terkini dan keibuan.
“In motherhood era”, kongsinya menerusi sebuah foto hitam putih dirinya bersama cahaya matanya.
Perkongsian tersebut sekali gus telah menarik perhatian ramai menerusi ruangan komen. Majoriti warganet menzahirkan ucapan tahniah penyanyi lagu popular Got To Go itu.
Kali terakhir anak bekas Perdana Menteri itu memuat naik hantaran di Instagram adalah pada 10 Oktober, tahun lalu ketika mempromosikan showcasenya di The Bee Publika.
Sekadar informasi, Najwa mendirikan rumah tangga dengan seorang mualaf berketurunan Cina, Idris Koh Keng Hui pada tanggal 26 Mac 2015.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.