Penyanyi berbakat besar, Imran Ajmain berjaya mengubati kerinduan para peminatnya pada Malam Seribu Tahun yang berlangsung di The Platform, Menara Ken TTDI, Kuala Lumpur.
Menzahirkan rasa kesyukuran, penyanyi lagu popular Selamat Ulang Tahun Sayang itu memaklumkan dia tidak menyangka dapat menghimpunkan 600 peminatnya pada hari pertama konsert tersebut.
“Saya tahu diri ini artis yang bagaimana, dengan pengaruh yang tidak berapa besar. Untuk saya bermula dengana showcase yang dihadiri 60 orang kemudian berjaya adakan konsert yang dihadiri 600 saya betul-betul tidak sangka.
“Saya tiada lagu lain yang popular selain lagu Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang yang orang betul-betul kenal. Yang dekat di hati peminat dua lagu itu sahaja. Saya cuba sedaya upaya setiap tahun dengan lagu baharu tetapi tiada yang melekat,” katanya.
Ads
Pada masa sama, Imran turut menzahirkan penghargaan buat para peminatnya yang setia ada sepanjang karier seninya walaupun menyifatkan dirinya hanyalah penyanyi yang biasa sahaja tanpa mempunyai lagu hit menjuarai carta.
“Tetapi untuk mereka (peminat) yang sanggup tunggu dan ada untuk saya, saya amat berbesar hati. Mungkin dengan kejayaan konsert ini saya boleh buktikan seseorang penyanyi itu boleh berjaya dan mempunyai pendapatan yang lestari tanpa popular.
Ads
“Saya adalah ‘blueprint’ tersebut, saya tiada lagu viral, tiada lagu hits yang menjuarai carta namun masih ada peminat yang ingin mendekati dan hadir ke konsert, sangat berbangga, alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Sekadar info, penyanyi yang berasal dari Singapura itu mendendangkan lebih 20 lagu antaranya Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang, Ghaibmu, Intan dan Perak, Hanya Menari, Padam dan Pergi.
Ads
Konsert dua malam itu telah menghimpunkan kira-kira 1,200 peminat Imran Ajmain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Geram kerana lebih 5’000 kilogram buah mangga hasil tanaman di ladang ibu dan bapanya tidak boleh dipasarkan kerana tidak menepati piawaian pasar raya, seorang remaja perempuan di Queensland, Australia telah mengambil inisiatif untuk melakukan transformasi mangga tersebut kepada satu busana yang boleh dipakai.
Jessica Collins yang berada di tahun 12 persekolahan, mendapat idea tersebut setelah menerima tugasan projek seni untuk subjek rekaan dan teknologi.
Menggunakan mesim membersih tekanan tinggi, gadis tinggi lampai ini menggunakan lebih 1400 biji buah mangga dan setelah biji tersebut dikeringkan, ia kemudian dibahagikan kepada dua untuk dijadikan bentuk kelopak pada rekaan gaun.
Dalam temubual bersama BBC, “Demi projek ini, saya menggunakan keseluruhan dapur dan sebahagian ruang tamu. Projek ini dilakukan lebih kurang tiga ke empat bulan. Ramai yang mengatakan saya gila, namun saya berpuas hati apabila melihat hasilnya. Ramai yang terkejut melihat bagaimana hasil biji manga boleh diolah menjadi baju.”
Menerusi projek ini, dia berharap agar dapat membawa kesedaran bahawa buah-buahan yang tidak memenuhi piawaian pasar raya ini sebenarnya elok untuk dimakan, cuma bentuknya sahaja tidak sempurna.
Isu pelarian bukanlah isu remeh untuk kita ketepikan. Malah ia merupakan salah satu isu global yangh sentiasa mendapat perhatian. Apa yang berlaku kepada mereka tidaklah dapat dibayangkan atau diungkapkan dengan kata-kata sehingga sanggup meninggalkan kampung halaman tercinta demi menyelamatkan diri.
Apatah lagi jika ia menimpa golongan kanak-kanak dan remaja. Melihatkan keadaan ini, sebuah organisasi bukan kerajaan iaitu Fugeelah telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan kanak-kanak pelarian. Antara projek terbaru mereka untuk membantu pelajar Fugee School ialah dengan melakukan kolaborasi bersama jenama fesyen gergasi, UNIQLO.
Menerusi kolaborasi ini Fugeelah ingin mengumpul dana khas buat kanak-kanak pelarian ini. Dan kolaborasi istimewa ini menyaksikan kanak-kanak pelarian ini mereka cipta kemeja-t edisi khas bersama UNIQLO.
Terdapat lima rekaan yang terdapat menerusi projek dikenali sebagai ‘UNIQLO x Fugeelah Social Project’ dan ia hanya boleh didapati menerusi UNIQLO onlinestore bermula pada 20 Julai 2018. Dan REMAJA difahamkan kesemua kutipan jualan kemeja-t ini akan disalurkan kepada kanak-kanak pelarian bagi memastikan pendidikan serta masa depan mereka terjamin.
Projek yang dilancarkan semalam ini merupakan salah sebuah usaha berterusan daripada UNIQLO Malaysia untuk membantu masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.
Pengasas Fugeelah yang juga merupakan bekas Miss Malaysia World 2007, Deborah Henry berkata, “Fugeelah berasa amat berbesar hati dan gembira kerana dengan kerjasama ini kami dapat membantu kanak-kanak pelarian yang merupakan sebahagian daripada golongan kurang bernasib baik”.
Kami yakin kolaborasi ini akan menjadi sebuah usahasama berpanjangan yang bukan sahaja bakal memberikan masa depan lebih cerah kepada kanak-kanak ini tetapi menggalakkan masyarakat untuk turut sama menyumbang”.
Fugee School yang ditubuhkan pada tahun 2009 merupakan sebuah platform untuk kanak-kanak kurang bernasib baik terutama daripada golongan pelarian untuk belajar serta mengasah bakat mereka dengan pelbagai skil. Aktiviti serta program yang dijalankan oleh Fugee School bertujuan memberikan mereka ilmu tentang kepimpinan, kesihatan dan kemahiran sosial.
Di majlis pelancarannya yang berlangsung semalam turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi UNIQLO Malaysia, Yuki Yamada dan juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh.
Jika kamu berminat untuk menyumbang dan mendapatkan t-shirt eksklusif ini bolehlah melayari laman web UNIQLO di www.uniqlo.com/my.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Drama Korea terbaru, Joseon Exorcist nampaknya mengundang kontroversi kerana sebuah petisyen rasmi telah dibuat untuk menggesa agar drama tersebut dihentikan siarannya.
Menurut Koreaboo, petisyen tersebut dikeluarkan kerana menganggap drama yang dikategorikan sebagai genre fantasi ini sepatutnya membawakan watak lain dan bukannya menggunakan watak daripada kisah sejarah lampau.
Pihak produksi menggunakan tokoh sejarah yang sebenar. Sekiranya penonton luar negara menonton drama ini, mereka khuatir jika penonton akan menganggap bahawa kesemua watak era Joseon dalam drama tersebut adalah benar.
Mereka yang melakukan petisyen ini bukan hanya kerana alasan tersebut, malah bagi mencegah segala kemungkinan yang akan terjadi pada masa hadapan. Dan mereka menyelar tindakan barisan pelakon yang bersetuju mengambil tawaran membintangi drama ini tanpa berfikir akan baik dan buruknya.
Sebelum ini, Joseon Exorcist telah mencetus kontroversi apabila salah sebuah adengan di dalam drama tersebut menonjolkan pelbagai alat kebudayaan negara China. Secara tidak langsung, ia mendapat perhatian ramai kerana jalan ceritanya yang bertentangan dengan sejarah Korea Selatan.
Sebagai reaksi balas, para pengiklan mula menarik diri daripada drama tersebut sehingga SBS mengambil keputusan untuk menghentikan penayangan episod minggu ini.
Walau bagaimanapun, masih ramai netizen yang menganggap hal ini sepatutnya tidak perlu diperbesarkan.
Ramai juga yang tidak bersetuju jika drama ini dihentikan tayangannya. What say you guys?
Isu peminat fanatik yang tidak 'merestui' hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.Sejak era generasi...