Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca utama pelbagai masalah timbul melalui pakej pelancongan dikendalikannya.

Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina berkata, kerugian itu mula ditanggung sejak Februari lalu disebabkan ulasan buruk yang diterima daripada pelanggan mengenai restorannya.

Menurutnya, perniagaan bertambah rugi pada bulan `Ramadan dan berlarutan sehingga musim panas iaitu pada Jun hingga Ogos kerana tiada pelancong yang datang ke Korea Selatan ketika itu.

“Saya Akan Bayar Ganti Rugi,” Kim Seri Akui Gagal Urus Kewangan
Restoran Kim Seri yang mengalami kerugian sejak Ramadan lalu

“Pertama, saya akui kelemahan pengurusan daripada saya sendiri. Kedua, kos-kos yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa dan ketiga masalah kelemahan pengurusan kewangan perniagaan di mana sebab paling besar ialah restoran”

“Semuanya bermula pada Februari, kita alami pelbagai kerugian daripada restoran di mana pelanggan beri pelbagai ulasan mengenai restoran dan bertambah rugi pada Ramadan kerana tiada pelanggan dan berlarutan sehingga musim panas,” katanya.

“Jadi, restoran alami banyak kerugian dan kita tanggung daripada masalah bayaran bulanan kedai, gaji, cukai yang sangat tinggi dan pembelian barang-barang mentah. Masalah ini telah banyak ganggu urusan perniagaan termasuk pakej pelancongan,” katanya menerusi sebuah siaran langsung di aplikasi TikTok, semalam.

Ads
“Saya Akan Bayar Ganti Rugi,” Kim Seri Akui Gagal Urus Kewangan
Kredit: Instagram Kim Seri

Terdahulu, tular di media sosial mengenai beberapa individu didakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik personaliti media sosial tempatan yang menetap di Korea Selatan itu dengan jumlah kerugian hampir RM500,000.

Susulan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf turut mengesahkan menerima 24 laporan daripada mangsa penipuan pakej pelancongan terbabit.

Dalam pada itu, Kim Seri berkata, dia berjanji akan memulangkan semula wang pelanggan terjejas sebelum atau pada 1 Februari 2025 dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara tersebut.

Ads
“Saya Akan Bayar Ganti Rugi,” Kim Seri Akui Gagal Urus Kewangan
Kim Seri tampil memberi penjelasan di Tiktok, pada Ahad. (Kredit: Tiktok @dikjaa2)

“Saya sedar insiden ini telah menimbulkan kesan mendalam terutama kepada mangsa-mangsa yang tersadai di lapangan terbang yang tentunya mengalami tekanan hasil daripada keputusan saya yang tak berfikir panjang pada waktu tersebut”

“Saya mohon maaf, saya akan bayar ganti rugi dan semua pakej yang saya tunda, saya akan memulangkan semula wang kepada semua yang terjejas dalam tempoh satu bulan lebih lagi,” ujarnya lagi.

Ads
“Saya Akan Bayar Ganti Rugi,” Kim Seri Akui Gagal Urus Kewangan
Kredit: Instagram Kim Seri

Sehubungan itu, Kim Seri juga akan menggunakan aplikasi TikTok sebagai platform untuk mencari wang bagi membuat bayaran ganti rugi berkenaan memandangkan restorannya itu telah bertukar milik.

“Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, saya hanya ada satu platform iaitu TikTok di mana Kim Seri Restaurant sekarang sudah bertukar milik dan pakej pelancongan saya juga sudah ditutup selain perniagaan lain turut alami kerugian,” jelasnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI