Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila pelakon tanah air, Nabila Huda diserang oleh individu yang mendakwa dirinya telah mencuri budaya Indonesia.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda, Fara Nadiah Pun Support Jenama Buatan Malaysia Di Shopee Live, Jangan Main-Main Tau! Ada Kualiti, Cantik Juga
Menerusi perkongsian di laman X, individu tersebut dilihat menulis hantaran dengan nada tidak berpuas hati terhadap pelakon Harum Malam itu.
Paling mengejutkan, individu berkenaan juga berani mengeluarkan ugutan untuk menculik anak aktres terbabit.
“Nabila Huda adalah ‘claimer’ nombor satu, pencuri budaya Indonesia.
“Saya akan culik anak awak kalau awak masih ‘claim’ budaya Indonesia,” komennya.
Tidak berdiam diri, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi mengulang ciap hantaran tersebut dan meminta bantuan pengikutnya untuk memberi respon terhadap individu berkenaan.
Boleh sesiapa tolong reply kan? pic.twitter.com/VeG4T0P33o
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) November 18, 2023
Bagaimanapun, akaun tersebut didapati tidak lagi boleh diakses secara umum.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan tindakan individu tersebut sangat keterlaluan selain menasihati pelakon terkenal tersebut untuk membuat laporan polis demi keselamatan dirinya sendiri dan keluarga.
“Dah buat laporan polis? Dah ugut anak ini bukan main-main walaupun dia jauh di sana,” komen warganet.
“Kenapa dia ni? Aduhai…boleh buat laporan untuk keselamatan,” coret peminat lain.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Akaun X & Instagram Nabila Huda