Bunga dan manusia tidak dapat dipisahkan. Memiliki 1001 simbolik, bunga menjadi penyeri kepada kehidupan. Keindahan yang dimiliki ibarat anugerah paling sempurna ciptaan yang Maha Esa.
Pelakon terkenal yang berasal dari Singapura, Hannah Delisha membuat satu ciapan di laman Twitternya berkenaan bunga.
If you were a flower, what would you be and why? 🌸🌷
Dalam ciapan tersebut dia menulis soalan berbunyi, “Jika anda adalah bunga, apakah anda dan mengapa?” dan dia sendiri berkongsi jika dirinya sekuntum bunga, pelakon cantik yang merupakan isteri kepada Imam Shah itu memilih bunga Dahlia sebagai perlambangan.
Membuatkan ciapannya itu mencuti hati, Hannah memberi alasan yang cukup comel mengapa dia memilih bunga tersebut. Jawabnya, “Sebab Imam kata sama bulatnya.”
Ciapan tersebut telah menerima lebih 182 ulangkicau, 1731 tanda suka dan dibaca lebih 82 ribu kali.
Menariknya, pengguna twitter yang membalas ciapan tersebut turut berkongsi bunga apa yang menjadi pelambangan diri mereka.
Penguna twitter @iamwidiw membalas, “Saya ingin menjadi Lily of The Valley kerana ia adalah simbol kesucian, kegembiraan, cinta, keikhlasan, kebahagiaan dan tuah.”
Manakala seorang lagi pengguna twitter @_zafrihasy pula berkongsi, “Mawar. Sama seperti warnanya, saya mempunyai motivasi yang besar untuk memastikan saya terus mencapai apa yang saya inginkan.”
Ads
“Saya mungkin akan menjadi bunga tulip putih. Kerana tulip putih melambangkan kemaafan,” tulis @beautifulsky_99 pula.
MAKSUD BUNGA DAHLIA
Mengikut laman web floraly.com.au, bunga dahlia bermaksud “mencari kekuatan dalaman”. Ini menjadikan bunga ini sempurna untuk dihantar kepada seseorang yang mungkin melalui masa yang sukar.
Ads
Dahlia ialah bunga yang unik, jadi wajarlah ia juga melambangkan menonjol daripada orang ramai dan mengikut laluan anda sendiri. Ia adalah bunga yang sangat baik untuk diberikan kepada rakan atau ahli keluarga yang akan menamatkan pengajian atau akan memulakan perjalanan kerjaya baharu.
Selain itu, dahlia juga menjadi perlambangan kepada frasa untuk kekal anggun dan kekal baik biarpun berdepan tekanan tinggi atau mencabar. Jika seseorang yang anda sayangi mengalami saat yang tertekan dalam hidup, hantarkan sejambak dahlia untuk menceriakan hari mereka.
*P/s- Korang pula kalau jadi bunga agak-agak bunga apa? Min pilih jadi bunga kertas! Warnanya terang, tahan hujan, rebut dan panas. I’m a survivor! Gitu…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang tak nak kena ‘belasah’, jangan sakitkan hati Colleen Augustin – just saying.
Usaha dan minat menjadi pendorong kepada atlet remaja perempuan berusia 21 tahun ini untuk meraih pingat emas pada Kejohanan Terbuka Asia yang berlangsung di Bangkok Thailand, semalam.
Atlet seni bela diri campuran (MMA) itu berjaya menewaskan lawannya dari Khazakhstan, Nurzhamal Sadykova untuk perlawanan divisyen straweight menerusi TKO (technical knockout) pada pusingan kedua.
Kemenangan ini secara tak langsung menjadikan Colleen wanita Malaysia PERTANA yang pernah memperoleh pingat emas dalam kejohanan bertaraf antarabangsa anjuran IMMAF-WMMAA itu.
#Respect
Melalui perkongsiannya di akaun Instagram, dia mengakui tak dapat menahan sebak semasa berdiri di atas podium dan mendengar lagu Negaraku berkumandang.
Tambah manis lagi apabila ramai penonton Malaysia yang turut menyanyikannya secara kuat dan penuh bangga.
“Ia betul-betul menyentuh hati saya kerana saya menjadi sebab lagu kebangsaan dimainkan untuk seluruh Asia mendengarnya,” kata Colleen yang juga aktif dalam sukan Muay Thai, kickboxing, Brazilian Jiu-jitsu dan Spartan Race.
Dia menyambung dengan mengucapkan terima kasih kepada,”MASMMAA kerana memberi peluang untuk saya mewakili negara. Kepada semua penaja yang membantu saya selama ini, kepada jurulatih, rakan sepasukan dan keluarga, terima kasih.”
Congrats girl!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa tampil berkongsi detik awal percintaan bersama suami tercintanya, Datuk Ahmad Azraf Azman.
Menerusi satu sesi soal jawab (Q&A) bersama sebuah jenama produk suplemen, pelakon drama popular Saat Kau Takluk Cinta Ini memaklumkan dia mula berkenalan bersama cinta hatinya itu menerusi satu pertemuan bersama rakan-rakannya.
“Saya kenal dengan suami dari kawan dan kenalan rapat, kami berjumpa dan dari situlah kami mula berkenalan.
“Sudah tentu suami saya yang mengorat saya dahulu. Hello, kita perempuan, kenalah lelaki mengorat kita dulu,” kongsinya.
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata, gadis berusia 27 tahun itu memaklumkan dia mahu menimang sekurang-kurangnya tiga orang zuriat.
“Saya nak anak maksimum tiga orang tetapi kita bergantung kepada rezekilah,” jawabnya lagi.
Sekadar informasi, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada tanggal 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah terletak di Johor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas kejayaan A Quite Place kira-kira tiga tahun lalu, filem ini tampil dengan sekuel A Quiet Place Part II yang juga setelah sekian lama ditangguhkan tayangannya di Malaysia gara-gara wabak pandemik COVID-19.
Filem sekuel ini menceritakan tentang ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di kediaman mereka. Kini, empat beranak itu meneruskan kehidupan mereka dengan menggembara ke dunia luar.
Sumber: United International Pictures
Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.
Di permulaan cerita, filem ini menyingkap pada hari pertama bagaimana bermulanya serangan mahkluk asing terjadi. Kemudiannya, penonton dibawa terus ‘menggembara’ bersama keluarga Abbott bagi menyelamatkan diri daripada serangan itu.
Sumber: United International Pictures
Karakter masing-masing menjadi lebih kuat kerana tanggungjawab yang perlu disandang selepas kehilangan Lee. Seperti biasa, unsur mendebarkan pada setiap babak masih lagi sama seperti filem pertama terdahulu dan kali ini lebih banyak debaran yang bakal menanti penonton, selain daripada perkembangan jalan cerita yang sedikit diolah untuk sekuel ini.
Sumber: United International PicturesSumber: United International Pictures
Cuma, apa yang menyentuh perasaan kami apabila mengenangkan nasib anak-anak kecil, terutamanya si bayi yang bergantung kepada bantuan oksigen yang diletakkan di dalam kotak sewaktu melarikan diri daripada gangguan makhluk asing.
Debaran mula timbul memikirkan sama ada bayi tersebut masih mampu diselamatkan atau tidak.
Sumber: United International Pictures
Kali ini juga, pengarah filem, John Krasinski lebih menyentuh emosi penonton dengan memaparkan hubungan serta peranan ahli keluarga untuk memastikan mereka semua terselamat.
Dibintangi oleh Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, Djimon Hounsou, filem A Quiet Place Part II kini sudah pun menemui penonton di seluruh pawagam tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengguna iPhone seluruh dunia mungkin perlu bersedia dengan berita kurang menyenangkan, iaitu harga iPhone berpotensi naik mendadak gara-gara tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.Menurut...