“Saya Akan Jadi Bunga Dahlia, Sebab Imam Kata Sama Bulatnya,” – Hannah Delisha

Share

Ada apa dengan bunga?

Bunga dan manusia tidak dapat dipisahkan. Memiliki 1001 simbolik, bunga menjadi penyeri kepada kehidupan. Keindahan yang dimiliki ibarat anugerah paling sempurna ciptaan yang Maha Esa.

Pelakon terkenal yang berasal dari Singapura, Hannah Delisha membuat satu ciapan di laman Twitternya berkenaan bunga.

Dalam ciapan tersebut dia menulis soalan berbunyi, “Jika anda adalah bunga, apakah anda dan mengapa?” dan dia sendiri berkongsi jika dirinya sekuntum bunga, pelakon cantik yang merupakan isteri kepada Imam Shah itu memilih bunga Dahlia sebagai perlambangan.

Membuatkan ciapannya itu mencuti hati, Hannah memberi alasan yang cukup comel mengapa dia memilih bunga tersebut. Jawabnya, “Sebab Imam kata sama bulatnya.”

Ciapan tersebut telah menerima lebih 182 ulangkicau, 1731 tanda suka dan dibaca lebih 82 ribu kali.

BACA JUGA: Cantiknya! Hannah Delisha Menghiasi Kempen Fesyen Bersama Neelofa

Menariknya, pengguna twitter yang membalas ciapan tersebut turut berkongsi bunga apa yang menjadi pelambangan diri mereka.

Penguna twitter @iamwidiw membalas, “Saya ingin menjadi Lily of The Valley kerana ia adalah simbol kesucian, kegembiraan, cinta, keikhlasan, kebahagiaan dan tuah.”

Manakala seorang lagi pengguna twitter @_zafrihasy pula berkongsi, “Mawar. Sama seperti warnanya, saya mempunyai motivasi yang besar untuk memastikan saya terus mencapai apa yang saya inginkan.”

“Saya mungkin akan menjadi bunga tulip putih. Kerana tulip putih melambangkan kemaafan,” tulis @beautifulsky_99 pula.

MAKSUD BUNGA DAHLIA

Mengikut laman web floraly.com.au,  bunga dahlia bermaksud “mencari kekuatan dalaman”. Ini menjadikan bunga ini sempurna untuk dihantar kepada seseorang yang mungkin melalui masa yang sukar.

Dahlia ialah bunga yang unik, jadi wajarlah ia juga melambangkan menonjol daripada orang ramai dan mengikut laluan anda sendiri. Ia adalah bunga yang sangat baik untuk diberikan kepada rakan atau ahli keluarga yang akan menamatkan pengajian atau akan memulakan perjalanan kerjaya baharu.

Selain itu, dahlia juga menjadi perlambangan kepada frasa untuk kekal anggun dan kekal baik biarpun berdepan tekanan tinggi atau mencabar. Jika seseorang yang anda sayangi mengalami saat yang tertekan dalam hidup, hantarkan sejambak dahlia untuk menceriakan hari mereka.

*P/s- Korang pula kalau jadi bunga agak-agak bunga apa? Min pilih jadi bunga kertas! Warnanya terang, tahan hujan, rebut dan panas. I’m a survivor! Gitu…

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen