Sebanyak 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 2005 hingga 2015. Dengan erti kata lain, ada lebih setengah juta kelahiran terjadi sejak 10 tahun lalu.

Dilema ini bukan isu tuding menuding sebaliknya mencari penyelesaian bagaimana memahami situasi anak yang dilahirkan akibat dosa ibu bapanya sendiri. Bagaimana jika anak ini anak luar nikah? Bagaimana mahu memujuk hati mereka? Untuk masyarakat, hentikan dari membuli anak-anak tidak berdosa ini.

Pakar motivasi Dr Rozieta Shaary @ Ibu Rose berkata, anak tidak boleh terus dibiarkan dan terhukum sepanjang hayat dan keturunannya.

Saya Anak Luar Nikah! Bagaimana Pujuk Hati Dan Hentikan Gelaran Menghina Anak-Anak Tidak Berdosa Ini
Isu ini sangat sensitif dan perlu ditangani dengan teliti – Ibu Rose

Isu anak luar nikah ini  amat sensitif. Ia bukan suatu yang boleh diambil ringan dan dibuka pekungnya semudah ABC. Adakalanya berdiam dan tidak memberitahu adalah lebih baik. Oleh itu jika perlu memberitahu, maka buatlah ‘Seperti menarik rambut dari tepung, tepung tidak berserak, rambut tidak putus.’

Masa yang terbaik adalah tidak umum. Ianya unik untuk sesebuah keluarga. Ia bergantung pada pertalian di antara anak dengan ibu bapa dan dengan adik beradiknya. Untuk memberitahu hal sebenar; perlu dipertimbangankan kebolehan anak itu untuk ‘handle’ berita berat sebegini.

Bila kita membuka sesuatu yang merupakan Aib, apakah hukumnya? Ya, ibu bapa anak itu telah terlanjur dan bersalah. Namun, perlukah anak itu memikul stigma itu SEPANJANG HAYAT DAN KETURUNANNYA.

Fikirlah baik-baik sebelum bertindak membuka suatu rahsia yang berat ini kepada seorang individu. Apa yang boleh dielak, elakkanlah. Fahami mendalam hukum-hakam Agama dan JANGAN menggunakan Agama untuk kepuasan diri. Hanya Allah yang layak mengadili.

Dan bagi ibu bapa yang telah bertaubat, kuatkan insaf dan bermohon kepada Allah untuk jalan terbaik diberi. Bagi yang belum, fahamilah inilah sebab Allah melarang perzinaan. Yang memikul adalah anak itu.

Saya Anak Luar Nikah! Bagaimana Pujuk Hati Dan Hentikan Gelaran Menghina Anak-Anak Tidak Berdosa Ini
isu anak luar sangat sensitif – pix sumber internet

Jelas Ibu Rose lagi,  seiring dengan masa,  jalan terbaik adalah berterus-terang. Namun, satu perkara yang boleh memudahkan dan menggurangkan pergeseran bila rahsia ini perlu diberitahu; jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak itu; dan beri dia merasakan dia bukan yang bersalah di sini. Nyatakan kesalan berat hati ibu bapa yang bersalah itu. Dan ingatkan bahawa, di sisi Allah dia bersih dan tidak hina. Perbuatan ibu bapa itu yang hina. Dan ibu bapa juga telah bertaubat nasuha.

Ads

Jika anak itu adalah anak luar nikah kerana ibunya mangsa rogol, maka sangat penting si anak merasakan kasih sayang si ibu dan ahli keluarga yang lain. Bila ini berlaku, kesedihannya mungkin kurang sedikit. Namun, janganlah ingat anak itu tidak akan sedih langsung.

Fahami juga reaksi sedih itu berbeza-beza. Ada yang terus marah. Ada yang memendam rasa. Ada yang menyalah ibu bapa dan mungkin lari dari keluarga. Ada yang akan menerima dengan baik. Apa sahaja reaksi mereka terimalah dengan hati terbuka dan banyak berdoa kepada yang berkuasa. Minta ditenangkan hati semua yang terlibat.

Orang yang paling dikasihi dan dipercayai oleh anak itu dan orang yang pandai menyusun kata dan bercakap dengan penuh berhemah dan kasih-sayang.

Belajarlah komunikasi berkesan. Sebab kaedah ini bukan suatu yang boleh diberi sekadar tips sahaja. Komunikasi berkesan ini adalah skil yang semua orang perlu belajar dan miliki. Ianya juga boleh dipelajari.

Yang penting jangan sekadar belajar tips; tapi belajarlah sungguh-sungguh dari mereka yang bertauliah.

Saya Anak Luar Nikah! Bagaimana Pujuk Hati Dan Hentikan Gelaran Menghina Anak-Anak Tidak Berdosa Ini

Ads

Satu idea yang boleh Ibu kongsikan adalah; bila mahu berterus terang itu, ‘state’ atau keadaan diri kita mestilah tenang dan penuh rasa simpati. Bila kita tenang, maka lebih mudah kita berkomunikasi dengan lebih berkesan dan hati ke hati. Namun, belajarlah betul-betul ilmu komunikasi ni. Banyak masalah wujud kerana ‘broken communication’.

Jika kita telah bersalah kerana keterlajuran, bertaubat dan berazam untuk tidak menggulangi. Walaupun sudah berkahwin, zina bukan suatu yang boleh dihampiri. Jagalah aurat pergaulan. Jangan bersama dengan orang yang bukan muhrim kita di tempat yang sunyi. Kerana ternyata akan ada yang ketiga, ia itu syaitan yang telah berjanji mahu menyesatkan cucu-cicit Adam a.s. ‘Office Affairs’, adalah suatu yang sering berlaku dan melibatkan mereka yang telah berumah-tangga juga. Elakkan.

InsyaAllah ini boleh dilakukan dengan menjaga aurat pergaulan dan berpegang dengan Tali Allah.

Allah tidak kata, jangan berzina sahaja. Allah kata jangan MENGHAMPIRInya pun tak boleh.

Seperkara lagi, Ibu ingin ingatkan; janganlah dihina anak-anak luar nikah ini. Ingat dan insaflah bahawa kesalahan itu bukan kesalahan mereka. Kewujudan mereka tetap bersih dan indah dimata Allah. Yang tersilap adalah ibu bapa mereka dan ramai diantara mereka telah bertaubat. Oleh itu bagi yang melihat, jangan sekali menjuih mulut dan menghina walaupun di dalam hati. Kerana dikuatiri akan jatuh ke hidung sendiri.

Ads

Ingatlah bahawa yang salah dan tidak baik itu adalah perbuatan berzina itu. Jika yang melakukan telah bertaubat, siapa kita untuk menghukum lagi?

Semoga hati kita senantiasa insaf akan pengajaran dariNya. Sumber Majalah Keluarga

 

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI