Bukan perkara baharu untuk melihat penyanyi lain menggantikan kedudukan penyanyi asal dalam pertandingan berprestij seperti Separuh Akhir Muzik-Muzik mahupun di pentas Anugerah Juara Lagu 36.
Kalau korang masih ingat, ia telahpun dilakukan (atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ataupun atas permintaan penyanyi asal, of course) sejak era 90-an lagi. Kebelakangan ini pun, kita dapat melihat penyanyi baharu menggantikan penyanyi asal terutamanya menerusi penyertaan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza seperti Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), 7 Nasihat (Shiha Zikir) dan Anta Permana (Bob Yusof).
Lantas, apabila pempengaruh versatil Amsyar Lee
dipilih bagi menggantikan kedudukan penyanyi lagenda Irama Malaysia, Noraniza Idris menerusi lagu Intan Payung nyanyian bersama Bunga, seharusnya orang ramai sudahpun dapat menerima kehadiran penyanyi baharu seperti Amsyar ini.Siapa tidak kenal Amsyar yang popular dengan kebolehannya meniru suara penyanyi wanita tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Dayang Nurfaizah.
Malangnya ramai pantas menjatuhkan kecaman ke atas Amsyar di atas persembahannya yang dikatakan ‘tidak sampai’. Malah ada yang mempersoalkan mengapa tidak tempat Noraniza itu digantikan dengan penyanyi yang lebih berpengalaman dalam genre Irama Malaysia seperti Haiza dan Asmidar.
Untuk pengetahuan, Noraniza Idris kini sedang berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Amsyar tidak mudah melatah dengan kecaman yang menghujaninya kerana menyifatkan dirinya pernah lebih teruk dikecam sebelum ini. Bagaimanapun, dia mengakui merasa gementar setelah mendapat tahu dia perlu mengambil tempat Noraniza dua minggu sebelum peringkat separuh akhir Muzik Muzik 36 berlangsung.
Akuinya juga, dia ada melakukan sedikit kesalahan di atas pentas sewaktu persembahan tersebut namun tidak terlalu mengendahkannya dan terus memberikan yang terbaik. Tuah nyata menyebelahi kekuatan lagu Intan Payung dan gandingan Amsyar bersama Bunga apabila ia melayakkan diri ke acara Anugerah Juara Lagu 36 di samping 11 buah lagu lain.
ARTIKEL BERKAITAN : Aina Abdul, Naim Daniel & Haqiem Rusli Pertaruh 2 Lagu Di Pentas AJL-36 – REMAJA
Sekiranya Amsyar seakan ‘tidak kisah’ dengan kecaman yang menerpa, Bunga pula merasakan tidak adil untuk penonton menjatuhkan seorang penyanyi baharu seperti Amsyar terutamanya setelah dia menunjukkan keberanian dan daya profesionalisme sewaktu membawakan lagu Intan Payung tempoh hari.
Menerusi ciapan di akaun Twitter, Bunga berkata, “Ramai ‘terkejut’ sebab kami memilih Amsyar. Bagi saya, saya berbangga dengan Amsyar sebab beliau berjaya nyanyi dalam key original. Dan key tersebut agak tinggi untuk lelaki.
“(Pada) pendapat saya sendiri, Amsyar dah buat yang terbaik.”
Pada korang, adakah pemilihan Amsyar ini tepat ataupun korang setuju dengan pendapat bahawa ada penyanyi yang lebih layak berada di pentas tersebut di samping Bunga?
BACA LAGI : 10 Gaya Fesyen Yang Mendominasi Pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.