Setelah dua tahun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, acara muzikal tahunan yang amat dinanti-nantikan akhirnya berlangsung juga bagi edisi 2022.
Good Vibes kembali dengan festival muzik dua hari pada skala yang besar pada hujung minggu lalu. Berbeza dengan tahun-tahun sudah, kali ini ia dinamakan sebagai Good Vibes Weekender dan ia tidak dilangsungkan di kawasan pergunungan. Sebaliknya buat pertama kali, Good Vibes meraikan peminat muzik di taman tema Sunway Lagoon dengan kehadiran barisan penyanyi serta band tempatan serta antarabangsa.
Antara yang paling dinantikan tentulah penyanyi dari Korea Selatan yang juga merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL.
Sebagai penghibur kemuncak pada hari pertama Good Vibes Weekend, CL menghangatkan pentas selama 30 minit dengan senarai lagu hit solonya seperti Spicy, Hwa, Chuck dan DR Pepper.
@majalahremaja #GoodVibesWeekender CL ‘Spicy’ as opening performance! 🌶🌶🌶 #MajalahRemaja #RemajaNews #GoodVibes #GoodVibes2022 #CL #Kpop #2NE1 #Chaerin ♬ original sound – Majalah Remaja
Ternyata, CL membuktikan pengalamannya di pentas hiburan selama 15 tahun tidak boleh disangkal lagi apabila staminanya terus-menerus berada pada tahap terbaik biarpun galak menari. Show(woman)ship yang ditunjukkan ini lantaran itu dibalas dengan teriakan Blackjacks (nama kelab peminat 2NE1).
@majalahremaja #GoodVibesWeekender CL ‘5 Star’ as opening performance! 🌶🌶🌶⭐️⭐️⭐️ Berapa stars korang rate vokal CL?? #MajalahRemaja #RemajaNews #GoodVibes #GoodVibes2022 #CL #Kpop #2NE1 #Chaerin ♬ original sound – Majalah Remaja
CL tidak berhenti di situ apabila melayan peminatnya dengan lagu-lagu lain seperti The Baddest Female (GZB), Tie A Cherry, Lover Like Me, MTBD dan 5 Star; yang secara peribadinya merupakan persembahan kegemaran REMAJA daripada CL pada malam ini.
Biarpun CL tidaklah terlalu fokus pada interaksinya bersama peminat di Kuala Lumpur disebabkan kekangan waktu, dia sempat berseloroh , “Saya benar-benar ingin tanggalkan jaket labuh ini, tetapi saya tidak mahu cetuskan masalah jadi..”.
CL mungkin merujuk kepada cuaca panas Malaysia dan peraturan pemakaian yang perlu dipatuhi oleh mana-mana penghibur jika ingin menjayakan persembahan di negara kita.
Apapun, CL berjaya mengekalkan adrenalin penonton hingga ke lagu terakhirnya, Bad B***hes sebelum berterima kasih kepada Kuala Lumpur dan mengundur diri.
Good Vibes Weekender turut dihangatkan oleh Jackson Wang dari GOT7, Joe Flizzow, Beabadoobee, Oh Wonder, Pink Sweats, Yonnyboii, Sonaone, Shallou, Dolla, Snakehips dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.