Terbaru, pelakon terkenal Korea Selatan, Song Hye Kyo berkongsi kisah mengenai penglibatannya dalam filem terbaru berjudul ‘The Priests: Dark Nuns’ dimana beliau berperan memainkan watak sebagai biarawati bernama Yunia.

Dalam sebuah sidang media untuk filem tersebut yang diadakan di Megabox COEX di Seoul, Hye Kyo menyatakan hasratnya untuk membawakan watak dalam filem atau drama pelbagai genre selain kisah romantis.

“Ini dah seperti takdir dan saya pernah menyebut hal ini dalam banyak temubual selepas terlibat dengan ‘The Glory’. Saya tidak mahu kembali ke drama yang penuh kisah cinta”

“Saya Berlatih Merokok 6 Bulan” – Song Hye Kyo Tunjuk Sisi Baru Dalam Filem ‘Dark Nuns’, Tidak Lagi Terlibat Dalam Genre Romantik “Saya Berlatih Merokok 6 Bulan” – Song Hye Kyo Tunjuk Sisi Baru Dalam Filem ‘Dark Nuns’, Tidak Lagi Terlibat Dalam Genre Romantik

Ads

“Itulah sebabnya sekarang saya lebih memilih senario dan skrip berdasarkan genre,” katanya.

“Selepas ditawarkan, saya cuba baca skrip untuk ‘Dark Nuns’. Walaupun nampak sangat sukar dan mencabar tapi saya mahu lihat sama ada saya boleh menunjukkan sisi baru tentang diri saya apabila melakukan projek ini, itulah sebab mengapa projek ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon wanita yang kini berusia 44 tahun turut berkongsi bagaimana dirinya buat pertama kali merokok bagi menjayakan filem ‘The Priests: Dark Nuns’ yang akan mula ditayangkan pada 24 Januari ini.

Ads

“Ini pertama kali saya berlakon scene merokok. Sebelum ini, saya hanya mahu lakukan satu hal tidak baik sahaja pada tubuh badan saya, iaitu minum alkohol”

“Saya Berlatih Merokok 6 Bulan” – Song Hye Kyo Tunjuk Sisi Baru Dalam Filem ‘Dark Nuns’, Tidak Lagi Terlibat Dalam Genre Romantik “Saya Berlatih Merokok 6 Bulan” – Song Hye Kyo Tunjuk Sisi Baru Dalam Filem ‘Dark Nuns’, Tidak Lagi Terlibat Dalam Genre Romantik

“Pada awal saya terima skrip filem ini, saya agak risau sebab banyak sangat babak merokok dan secara kebetulan kemunculan awal Yunia adalah adegan merokok”

Ads

“Orang ramai pernah cakap bahawa perokok sebenar mesti akan tahu sama ada lakonan pelakon itu menggunakan rokok palsu atau tidak. Oleh sebab itu, saya sudah berlatih merokok sejak enam bulan sebelum penggambaran dimulakan. Sejujurnya, tekak saya sakit disebabkan cuba merokok,” jelas Hye Kyo.

Sekadar info, filem ‘The Priests: Dark Nuns’ adalah filem yang mengisahkan tentang individu-individu yang mengikuti ritual terlarang untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dirasuki roh jahat. Filem ini merupakan sekuel dari filem  ‘The Priests’ yang pernah ditayangkan pada tahun 2015.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI