Perjuangan penyanyi, Kaka Azraff sebagai peserta The Hardest Singing Show terhenti sehingga minggu keempat.
Kaka atau nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff berkata dia bersyukur kerana diberikan peluang membawakan lagu Bawaku Pergi yang sebelum ini tidak pernah lagi dinyanyikan secara langsung dimana-mana kaca televisyen.
Jelasnya yang meraih markah 65.14% pada malam Ahad lalu, penyingkiran bukanlah pengakhiran kerana kerjayanya masih lagi berjalan seperti biasa.
Artikel Berkaitan: Azira Shafinaz Nyaris Pitam Gara-Gara Lupa Makan Sebelum THSS
“Kaka bersyukur dengan apa sahaja yang berlaku. Sebab ini bukan pengakhiran dan kerjaya Kaka akan terus berjalan seperti biasa. Kaka juga ada terfikir bagaimana nak teruskan kerja Kaka, sebab ia tergendala kerana rancangan ini”
“Sudah empat minggu, dan banyak hal yang tergendala termasuklah anak-anak pun tergendala di rumah. Itu hardest bagi Kaka. Jadi saya ambil ini sebagai perkara yang positif”
Anak saudara kepada penyanyi Ella itu menjelaskan bahawa ia melihat penyingkiran ini sebagai sesuatu yang positif. Dalam pada itu, dia senang menyertai rancangan The Hardest Singing Show kerana diberikan peluang untuk mencabar dan eksplorasi kebolehan dirinya sebagai seorang penyanyi.
Artikel Berkaitan: Aepul Roza Bawa Tema Solidariti Untuk Faisal Halim, Raih Tempat Pertama Dengan Markah 90.40%
“Kaka masuk THSS ini bukannya fokus untuk menang sebab menang itu bonus tapi sebenarnya Kaka masuk kerana nak explore diri sendiri. Bila dah masuk, ohh rupanya this is so hard”
“Kaka juga tidak ambil sebagai kejatuhan kerana ini adalah permulaan untuk Kaka untuk jadi seorang yang lebih fresh selepas ini”
Sementara itu bercakap mengenai persembahan, Kaka menyatakan bahawa dia berpuas hati dan seronok dengan kesemua persembahan dari minggu pertama sehingga minggu keempat.
“Kaka puas dan gembira dengan persembahan Kaka. Yang paling penting, Kaka puaskan diri sendiri dahulu”
“Kalau juri rasa mereka tak cukup puas, itu perkara yang Kaka tak boleh kawal. Saya hanya boleh kawal diri sendiri. Saya gembira dengan usaha sendiri”
“Suami pun nampak kesungguhan itu. Kaka gembira kerana dapat melihat sisi itu dalam diri sebab Kaka tak terfikir mampu buat semua ini. Program ini beri ruang buat saya berkarya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, THSS akan berlangsung selama 10 minggu dan dikendalikan oleh dua orang pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Rina Nose. Setiap persembahan diadili oleh barisan juri profesional iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.