Bertempat di lokasi acara TREC Kuala Lumpur semalam, telah berlangsungnya acara pelancaran koleksi terbaru Naelofar Hijab yang diberikan nama ‘Be Lofa’.
Turut diadakan pada waktu yang sama adalah sambutan Happy Belated Birthday bagi meraikan hari kelahiran Neelofa yang ke 29 pada tahun ini bersama rakan media, ahli keluarga terdekatnya, rakan influencer di media sosial dan rakan artis yang sempat hadir walaupun berdepan dengan situasi trafik sesak pada lewat petang Isnin, semalam.
Namun, di sebalik pelancaran ‘biasa-biasa’ yang selalunya menjadi tradisi pada setiap tahun oleh Naelofar Hijab, ia bertukar viral bermula awal pagi ini apabila netizen mempertikaikan beberapa isu berkenaan acara tersebut.
Antaranya, pemilihan lokasi TREC Kuala Lumpur yang terletak di dalam pekarangan Zouk Kuala Lumpur yang – hhm – tidak berapa nak sesuai bagi pelancaran hijab. Kemudian, timbul juga isu lain jemputan yang menari sakan.
Kita tolak ke tepi sekejap isu tarian tersebut. Kita fokus kepada pemilihan lokasi yang diakui kontroversial.
(Dari kiri): Datin Noor Kartini, Noor Neelofa, Noor Nabila dan Ameera Khan.
Neelofa Dua Kali Jelaskan Isu Lokasi
Sebaik saja jemputan VIP seperti Neelofa, ibunya Datin Noor Kartini Noor Mohamed, Noor Nabila, Ameera Khan dan beberapa lagi rakan kepada mereka hadir, Neelofa sebagai individu yang diraikan pada malam tersebut diminta untuk memberikan ucapan.
Ads
Sebelum mula menyentuh mengenai koleksi ‘Be Lofa’ oleh Naelofar Hijab, sebelum tentang sambutan hari kelahirannya, sebelum berterima kasih kepada keluarganya dan team Naelofar Hijab sekalipun, Neelofa tampil untuk menjelaskan terlebih dahulu tentang pemilihan lokasi tersebut, semalam.
Di dalam ucapannya, dia berkata, “Saya boleh mengagak, apabila kamu memasuki pintu entrance tersebut tadi, pasti ada yang tertanya mengapa Neelofa memilih Zouk untuk melancarkan koleksi hijab. Saya sendiri ditanya oleh mereka yang berada di sekeliling saya sepanjang penyediaan acara malam ini (semalam).
“Dan saya pasti saya akan ditanya mengenai venue ini pada hari-hari berikutnya (selepas acara tamat). Saya akan berkongsi dengan kamu mengapa lokasi ini dipilih.
Ads
“So, pada bulan lepas selepas saya pulang dari Dubai, saya duduk berbincang dengan team saya. Saya katakan kepada mereka saya inginkan idea neon untuk melancarkan koleksi terbaru ini dan untuk sambutan hari kelahiran.
“Selepas melihat kepada beberapa venue, saya memilih venue ini kerana ia sesuai dengan idea dan konsep yang kami inginkan. The lighting, the LED, the props and everything.
“Jika saya ingin melakukannya di tempat lain, saya perlu mengeluarkan bajet 8 kali lebih tinggi daripada bajet sedia ada untuk tema ini. Jadi saya berani ambil risiko, saya cakap kepaa mereka bahawa ini bukanlah untuk membelakangi agama ke apa. This is for a private event to launch our special new collection.
“Kami ambil langkah untuk betul-betul mengikut perancangan, itenarari, jenis makanan dan sebagainya agar tiada satu pun yang melencong daripada niat untuk melakukan event (yang tidak melanggar etika).
Ads
“As long as the objective itu kita capai, which is to celebrate the collection and to have fun doing it, that is good enough for me. Apa pun orang akan bercakap, kita biarkan,” katanya yang mengakui keputusan tersebut mungkin akan dianggap negatif oleh netizen.
Penjelasan yang sama turut dikongsi Neelofa ketika bersama dengan rakan media di dalam sesi soal jawab ringkas semalam di sana.
Ternyata, kata-katanya bertukar masin apabila netizen dan beberapa figura tanah air membahaskan isu pemilihan lokasi pada hari ini. Namun, Neelofa kekal tenang dan berdiam diri sehinggalah lewat petang tadi apabila dia memuat naik posting terbaru di Instagram.
Dalam caption foto tersebut, dia hanya mengucapkan rasa terujanya atas pelancaran Be Lofa Shawls & Be Lofa Turban. Be Lofa Turban dilaporkan telah sold out selepas ia dimuat naik di laman web Naelofar Hijab, hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Malaysia sekali lagi diharumkan oleh tiga pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menuntut Pengajian Ijazah Sarjana Muda Microbiologi di Michigan State University, Amerika Syarikat apabila berjaya merangkul kejayaan Class of 2020 Deparmental Award daripada Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science.
Pelajar tersebut dikenali sebagai Nurul Izzati Mohamed, Nurul ‘Iffa Nazirah Taini Achim masing-masing menerima anugerah Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction), manakala Nuur Aqilah Izzati Othman pula Russel Duvall Endowed Scholarship Award (Research).
Menurut Bernama, sebanyak lapan anugerah dipertandingkan dan tiga anugerah tersebut dibolot oleh pelajar dari Malaysia. Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian dan kualiti serta potensi kajian yang dijalankan.
Nurl Aqilah Izzati, 23, adalah penerima tunggal Anugerah Russel Duvall Endowed Scholarship dan penganugerahan itu berdasarkan penilaian panel terhadap pembentangan kajian Wheat Allergy: Do Wheat Genotypes Differ in Allergenicity.
Kredit foto: BERNAMA
Pelajar yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu juga menjalankan kajian bersama dengan pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) untuk kajian bertajuk Transdermal Sensitization and Oral Elicitation of Anaphylaxis to Salt-Soluble Wheat Protein In An Adjuvant-Free Mouse Model of Wheat Allergy.
Wah, tahniah girls!
Semoga kejayaan ini dapat menaikkan lagi semangat pelajar di Malaysia untuk terus berusaha gigih bagi menempatkan mereka di universiti luar negara.
Niat mereka adalah untuk melihat penyanyi ‘In My Blood’ beraksi di hadapan mata dan mendengarnya menyanyikan lagu tersebut serta lagu hit lain secara live.
Namun lain pula jadinya apabila mereka terpaksa akur dengan nasib ditipu oleh scammer yang menjual semula tiket.
*
Selepas enam tahun bergelar penyanyi mainstream, ini merupakan kali pertama penyanyi kelahiran Kanada itu berkunjung ke Malaysia bagi menjayakan sebuah konsert mega.
Sambutan peminat di sini memang hangat apabila tiket Konsert Jelajah Asia Shawn Mendes yang ditawarkan pada April lalu habis terjual dalam masa beberapa hari saja.
Disebabkan itulah, ramai peminat Shawn yang mencari alternatif untuk membeli tiket melalui golongan reseller. Namun nasib tak menyebelahi sesetengah daripadanya apabila mereka ditipu oleh scammers.
Salah seorangnya memuat naik kronologi bagaimana scammer tersebut menipu. Pemegang akaun PutriNoraini_ di Twitter itu membeli tiket menerusi laman web Carousell. Malah dia turut berjumpa dengan penjual tersebut secara face-to-face ketika menerima tiket.
Namun setelah pulang, dia terperasan mengenai nota disclaimer pada kertas tiket yang mengatakan Nama dan Kad Pengenalan pembeli perlulah di-scan di pintu masuk Axiata Arena oleh pegawai yang bertugas.
Tentulah, kini Putri perlu mendapatkan salinan kad pengenalan penjual yang menggunakan nama Sofia Janna itu.
Malangnya segala permintaan dan teks pesanan yang dihantar tidak dibalas walaupun Sofia jelas sedang online.
Mereka mencuba nasib juga untuk hadir semalam dan diminta terus ke kaunter servis pelanggan. Rupa-rupanya, tiket tersebut ada tiket palsu.
Sebab itulah ia gagal untuk di-scan di pintu masuk. Lebur RM800 untuk nilai 2 pasang tiket palsu.
*
Bukan Putri seorang saja yang tertipu oleh scammers semalam.
Sebagai pihak yang selalu menerima jemputan ke konsert seperti ini, apa yang REMAJA boleh nasihatkan adalah untuk betul-betul menyemak tiket yang dibeli daripada reseller.
Betul tindakan Putri untuk menerima tiket secara berhadapan, tetapi silapnya tidak menyemak info yang tertera.
Seperkara lagi, jika tidak biasa dengan proses membeli tiket, ajak kawan yang sudah biasa untuk menjadi sidekick korang. Sekurang-kurangnya dia sudah berpengalaman untuk menyemak.
Tak apalah, tak ada rezeki untuk bertemu Shawn Mendes pada kali ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di saat rakyat terjejas akibat pandemik COVID-19 terutama bagi individu yang dibuang kerja dan pendapatan terjejas.
Mesti ramai yang mengharapkan mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini, terutamanya dari akaun 1.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi individu yang terjejas.
Selalu dengar tentang akaun 1 dan akaun 2 yang ada di dalam KSWP tu tapi korang tahu tak apa beza antara 2 akaun ini?
Caruman 70:30
Sebelum itu, anda perlu tahu, setiap bulan caruman yang anda dapat dibahagikan kepada nisbah 70:30 yang mana 70% akan disalurkan ke Akaun 1 dan baki 30% dibahagikan kepada Akaun 2.
Mengikut kadar caruman semasa 23% diambil daripada gaji pekerja, yang mana 11% adalah caruman pekerja yang diambil menerusi potongan gaji bulanan dan 12% adalah caruman daripada majikan.
Ini membawa kepada takrifan:
Akaun 1 – 70% adalah caruman bulanan daripada majikan
Akaun 2 – 30% adalah caruman bulanan daripada pekerja
AKAUN 1
Bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum usia mencecah 55 tahun.
Disarankan untuk diletakkan penama bagi memudahkan waris untuk membuat tuntutan.
Dibenarkan untuk melabur sebahagian daripadanya.
AKAUN 2
Beza dengan Akaun 1, Akaun 2 KWSP berperanan sebagai simpanan persediaan persaraan. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:
mencecah usia 50 tahun
membayar pendahuluan pembelian rumah pertama
menyelesaikan baki pinjaman perumahan – rumah pertama
pembiayaan pendidikan peribadi
menampung kos perubatan
menunaikan haji
Cara Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah
Harga hartanah yang semakin hari semakin melonjak tinggi menyebabkan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan kemudahan kepada ahli KWSP untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.
Kerajaan sebelum ini, telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.