“Saya Boleh Agak Ia Akan Dipersoalkan, Tetapi..” – Neelofa Beri Penjelasan SEBELUM Event Jadi Viral

Share

Bertempat di lokasi acara TREC Kuala Lumpur semalam, telah berlangsungnya acara pelancaran koleksi terbaru Naelofar Hijab yang diberikan nama ‘Be Lofa’.

Turut diadakan pada waktu yang sama adalah sambutan Happy Belated Birthday bagi meraikan hari kelahiran Neelofa yang ke 29 pada tahun ini bersama rakan media, ahli keluarga terdekatnya, rakan influencer di media sosial dan rakan artis yang sempat hadir walaupun berdepan dengan situasi trafik sesak pada lewat petang Isnin, semalam.

Namun, di sebalik pelancaran ‘biasa-biasa’ yang selalunya menjadi tradisi pada setiap tahun oleh Naelofar Hijab, ia bertukar viral bermula awal pagi ini apabila netizen mempertikaikan beberapa isu berkenaan acara tersebut.

Antaranya, pemilihan lokasi TREC Kuala Lumpur yang terletak di dalam pekarangan Zouk Kuala Lumpur yang  – hhm – tidak berapa nak sesuai bagi pelancaran hijab. Kemudian, timbul juga isu lain jemputan yang menari sakan.

Kita tolak ke tepi sekejap isu tarian tersebut. Kita fokus kepada pemilihan lokasi yang diakui kontroversial.

(Dari kiri): Datin Noor Kartini, Noor Neelofa, Noor Nabila dan Ameera Khan.

Neelofa Dua Kali Jelaskan Isu Lokasi

Sebaik saja jemputan VIP seperti Neelofa, ibunya Datin Noor Kartini Noor Mohamed, Noor Nabila, Ameera Khan dan beberapa lagi rakan kepada mereka hadir, Neelofa sebagai individu yang diraikan pada malam tersebut diminta untuk memberikan ucapan.

Sebelum mula menyentuh mengenai koleksi ‘Be Lofa’ oleh Naelofar Hijab, sebelum tentang sambutan hari kelahirannya, sebelum berterima kasih kepada keluarganya dan team Naelofar Hijab sekalipun, Neelofa tampil untuk menjelaskan terlebih dahulu tentang pemilihan lokasi tersebut, semalam.

Di dalam ucapannya, dia berkata, “Saya boleh mengagak, apabila kamu memasuki pintu entrance tersebut tadi, pasti ada yang tertanya mengapa Neelofa memilih Zouk untuk melancarkan koleksi hijab. Saya sendiri ditanya oleh mereka yang berada di sekeliling saya sepanjang penyediaan acara malam ini (semalam).

“Dan saya pasti saya akan ditanya mengenai venue ini pada hari-hari berikutnya (selepas acara tamat). Saya akan berkongsi dengan kamu mengapa lokasi ini dipilih.

“So, pada bulan lepas selepas saya pulang dari Dubai, saya duduk berbincang dengan team saya. Saya katakan kepada mereka saya inginkan idea neon untuk melancarkan koleksi terbaru ini dan untuk sambutan hari kelahiran.

“Selepas melihat kepada beberapa venue, saya memilih venue ini kerana ia sesuai dengan idea dan konsep yang kami inginkan. The lighting, the LED, the props and everything.

“Jika saya ingin melakukannya di tempat lain, saya perlu mengeluarkan bajet 8 kali lebih tinggi daripada bajet sedia ada untuk tema ini. Jadi saya berani ambil risiko, saya cakap kepaa mereka bahawa ini bukanlah untuk membelakangi agama ke apa. This is for a private event to launch our special new collection.

“Kami ambil langkah untuk betul-betul mengikut perancangan, itenarari, jenis makanan dan sebagainya agar tiada satu pun yang melencong daripada niat untuk melakukan event (yang tidak melanggar etika).

As long as the objective itu kita capai, which is to celebrate the collection and to have fun doing it, that is good enough for me. Apa pun orang akan bercakap, kita biarkan,” katanya yang mengakui keputusan tersebut mungkin akan dianggap negatif oleh netizen.

Penjelasan yang sama turut dikongsi Neelofa ketika bersama dengan rakan media di dalam sesi soal jawab ringkas semalam di sana.

Ternyata, kata-katanya bertukar masin apabila netizen dan beberapa figura tanah air membahaskan isu pemilihan lokasi pada hari ini. Namun, Neelofa kekal tenang dan berdiam diri sehinggalah lewat petang tadi apabila dia memuat naik posting terbaru di Instagram.

Dalam caption foto tersebut, dia hanya mengucapkan rasa terujanya atas pelancaran Be Lofa Shawls & Be Lofa Turban. Be Lofa Turban dilaporkan telah sold out selepas ia dimuat naik di laman web Naelofar Hijab, hari ini.

Published by
FZ