Pertandingan akhir Hero Remaja 2020 yang berakhir semalam menyaksikan Nadhir Nasar, 23 tahun dinobatkan sebagai juara baru pertandingan berprestij ini.
Tempat kedua dimenangi oleh Umar Hisham, graduan dari Universiti Malaya sekaligus menyaksikan kesemua peserta pertandingan ini bukan calang-calang calon kerana kesemuanya adalah graduan universiti tempatan.
Dilihat agak cool serta punya karisma tersendiri, Umar Hisham ketika ditebak adakah dia calon underdog yang kemudian mengejutkan ramai orang dengan kemenangan tempat kedua, pantas Umar menafikan hal ini.
“Saya bukan calon underdog. Tak rasa pun begitu atau perkataan itu sesuai dengan saya. Tapi saya lebih suka gunakan perkataan unexpected. Bila di atas stage akhir itu, saya gembira menjadi diri sendiri.
Sebelum masuk pertandingan ini, orang mungkin tidak berapa kenal karektor saya dan sebab itulah saya masuk pertandingan ini untuk buktikan kekuatan diri,”katanya ketika ditemui sebaik selepas majlis ini berakhir.
Jelas Umar, dia mencuba yang terbaik di malam final semalam malah mengharapkan gelaran Hero Remaja 2020 menjadi miliknya, sama seperti impian peserta lain yang bertanding.
“Bila berdiri bersama lima barisan finalis akhir, saya tahu perlu buat yang terbaik. Of course semua orang ada impian. Dan bila hanya tinggal saya berdua saja dengan Nadhir sebelum namanya disebut sebagai juara, saya tahu dia adalah calon yang layak untuk menang kerana dia memenuhi semua kriteria. Saya sudah cuba yang terbaik dan itulah karektor saya.
“Saya bangga dengan kemenangan Nadhir dan bangga kami sama-sama bersaing dalam pertandingan ini. Malah kemenangan ini juga satu langkah baru untuk saya mencuba bidang seni yang saya minati,” katanya yang sudah pun mula mengikuti semula pengajian di Universiti Malaya selepas menangguhkannya selama satu semester untuk pertandingan ini.
Ditanya pengalaman dikutip sepanjang bersama Hero Remaja 2020, Umar Hisham berkata, dia gembira dengan semua ilmu pengetahuan dikutip dalam program tersebut.
“Misalannya bidang pengacaraan, berlakon, modelling dan sebagainya. Alhamdulillah saya banyak belajar. Bagi saya industri seni ini adalah ruang yang cukup terbuka dan luas untuk kita cuba. Ada orang mungkin minat nak jadi peguam maka jadilah. Begitu ada nak jadi doktor, pilihlah dan saya memang minat dalam bidang industri dan akan mencuba yang terbaik selepas ini,” katanya lagi.
Apa pun tahniah buat Umar Hisham atas kejayaan meraih tempat kedua pertandingan Hero Remaja 2020.