“Saya Bukan Datang Dari Keluarga Senang” -Bapa Jadi Tulang Belakang Utama Bisnes Rempeyek Yuna Rahim

Share

Pelakon meningkat naik, Yuna Rahim tampil berkongsi kini sedang memulakan perniagaan rempeyek kecil-kecilan sejak sebulan yang lalu.

Katanya kepada Remaja, bapanya banyak memberikan bantuan dan galakan untuk membuka perniagaan makanan yang kini berada di bawah jenama Yuna Cips.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kena Profesional & Kuat Sebab Kerja” -Yuna Rahim Kenang Semula Terima Berita Pemergian Sepupu Rapat Ketika Di Set

“Saya fikir kalau tidak mulakan sekarang, bila lagi? Saya bukan datang daripada keluarga yang senang.

“Ayah saya banyak beri bantuan dan nasihat memandangkan dia seorang cef yang sudah terlibat dalam industri makanan sejak umurnya 18 tahun,” katanya.

Bercerita mengenai proses awal peniagaan yang diusahakan di rumah, pelakon berusia 28 tahun itu memilih rempeyek kerana ia merupakan snek tempatan yang enak untuk diketengahkan.

Kongsinya lagi, walaupun baru sebulan mengusahakan rempeyek, sambutan perniagaan rempeyeknya itu sangat menggalakkan dalam kalangan penggemar snek tersebut.

“Resepi saya dapatkan daripada kawan. Saya sibuk ada penggambaran dia juga yang akan masakkkan tempahan rempeyek untuk saya.

“Lagipula orang tua suka rempeyek. Mereka yang akan banyak sokong saya,” tuturnya.

Sekadar info, Yuna kini berlakon sebagai Zuleikha dalam drama berjudul Mystic Village yang diarahkan oleh Faizul Jais dan merupakan hasil tulisan penulis bersama, Honey Ahmad dan Bernice Low.

Selain Yuna, pelakon lain yang membintangi drama berkenaan adalah Gambit Saifullah, Kamal Adli, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Neera Azizi, Anas Ridzuan dan Mubarak Majid.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Yuna Rahim

Published by
Fath