Bintang terkenal Priyanka Chopra Jonas mendedahkan bahawa selepas bertahun-tahun bekerja di Bollywood, dia tidak lagi mendapat tawaran lakonan yang akhirnya menyebabkan peralihannya ke industri Hollywood.
ARTIKEL BERKAITAN: 4 Artis Bollywood Kena ‘Troll’ Lepas Sokong Larangan Main Mercun Sempena Deepavali
Dalam sebuah temubual di podcast “Armchair Expert”, yang disiarkan pada Isnin lalu, dia berkata penghijrahannya adalah kerana politik kotor Bollywood, peluang lakonan yang semakin terhad di India dan keinginan untuk fresh start
di tempat baru.Isteri kepada Nick Jonas itu mula terkenal di India selepas memenangi pertandingan ratu cantik Miss World pada tahun 2000 dan mengambil peranan dalam beberapa filem Bollywood. Dia berkata banyak filemnya yang kurang popular membuatkan dia berfikir semula tentang kerjayanya.
“Saya bukan nepo baby. Saya tidak mempunyai sokongan kuat dalam filem Bollywood,” katanya semasa episod itu.
Perpisahannya daripada industry lakonan di India membuka peluang baru untuk dia berpindah ke Amerika dan bekerja dalam industri muzik, yang akhirnya menyebabkan pelakon itu menandatangani perjanjian dengan Interscope Records sebagai penyanyi pada awal tahun 2010.
Bagaimanapun, pelakon itu segera menyedari bahawa dia lebih selesa dalam industri lakonan. Setelah menghadiri ujibakat lakonan di Amerika, dia berjaya mendapatkan peranan dalam drama bersiri, Quantico sebagai ejen FBI.
Bermula dari titik itulah kerjaya lakonannya semakin berkembang dengan akhirnya beliau berkesempatan untuk menjadi sebahagian daripada filem seperti Baywatch, The Matrix Resurrections,
dan The White Tiger.BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Himal Sanchar, Getty Images