Sumber Foto : Instagram @henrygolding

Jumlah kes bunuh diri terkini di Malaysia amat membimbangkan.

 

Lapor Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga bulan pertama tahun 2021 saja sudah mencatatkan 366 kes bunuh diri. Malah, sepanjang tahun lalu, sebaynyak 631 kes bunuh diri dicatatkan berbanding 609 kes pada tahun 2019.

Ia jelas menunjukkan kadar tekanan tinggi yang kini dihadapi masyarakat Malaysia mungkin akibat isolasi, tiada sebarang bentuk sokongan emosi atau merasa tertekan dengan situasi hidup. Ada juga yang dikhuatiri merasa hilang harapan, bosan dengan kehidupan sekarang dan merasa kehadiran mereka membebankan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN : Lagi Kes Terjun Bangunan Akibat Tekanan Hidup, Simptom Depresi Korang Perlu Tahu – REMAJA

Keadaan ini membuatkan ramai mula mengambil serius untuk memainkan peranan dalam memberikan kesedaran tentang situasi kes bunuh diri yang semakin kritikal. Ini termasuklah pelakon Malaysia yang telah melebarkan sayap ke industri Hollywood, Henry Golding.

Ads

Biarpun kini menetap di luar negara bersama isterinya, Liv dan bayi perempuan sulung mereka, Henry tetap cakna dengan situasi semasa di tanah airnya.

“Saya Cabar Anda..” Henry Golding Bimbang Kenaikan Kes Bunuh Diri Malaysia
Sumber Foto : Instagram @henrygolding.

Menerusi hantaran video berdurasi 4 minit 40 saat itu pada 2 hari lalu, Henry meminta agar masyarakat lebih peka dan peduli terhadap orang di sekeliling mereka serta memanfaatkan penggunaan peranti untuk mengekalkan hubungan seharian.

“Saya tahu Malaysia sedang berdepan pelbagai perkara sekarang disebabkan wabak COVID-19 dan sekatan pergerakan tidak berkesudahan yang perlu kamu tempuhi.

“Satu perkara yang kita selalu endahkan adalah mentaliti kita serta kerapuhan emosi. Ini boleh membawa kepada percubaan membunuh diri.

Ads

“Kita kehilangan kerja, sudah lama tidak bertemu rakan kita. Kita ‘terperangkap’ dalam kawasan berpopulasi tinggi seperti Kuala Lumpur atau bandar-bandar utama lain di mana kamu dihalang daripada melakukan sesuatu atau bertemu sesiapa.

“Apabila sudah lama tidak berinteraksi dengan orang lain untuk tempoh yang amat lama, pemikiran kita akan bertambah ‘kedam’. Apa yang saya ingin beritahu adalah, percayalah ada rakan-rakan yang sedang memikirkan kamu. Ada orang yang kisah tentang hidup kamu dan risaukan keadaan kamu.

“Oleh itu, kita boleh lakukan satu perkara mudah.”

“Fikirkan 3 orang yang kita rasa perlu menerima teks mesej daripada kita atau dihubungi selama 3-4 minit saja. Jadi cabaran saya kepada kalian adalah hubungi 3 orang itu dan bertanyalah khabar. Betul-betul tanyakan keadaan diri mereka yang sebenar.

“Ada banyak badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang menyokong pencegahan bunuh diri dan menyediakan sokongan emosi. Salah satu daripada ialah BeFrienders. Mereka boleh membantu sekiranya seseorang terfikir untuk membunuh diri ataupun sekadar perlukan talian pertolongan untuk menstabilkan emosi.

Ads

“Hanya dengan menghulurkan tangan bertanyakan khabar, ia boleh membantu mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Bayangkan kita menerima panggilan telefon oleh seseorang yang ingin bertanya khabar. It will make such a drastic change in one’s emotional stage and mental wellbeing,” pinta Henry yang bakal muncul dalam filem Snake Eyes pada 23 Julai ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Henry Golding (@henrygolding)

Sebagai anggota masyarakat, kita boleh lakukan sesuatu untuk menyokong mereka di sekeliling kita secara mental, fizikal (seperti pemberian barangan keperluan kepada yang memerlukan) dan semudah bertanya khabar.

Bagi yang memerlukan bantuan, usah teragak-agak untuk menghubungi talian hotline BeFrienders KL di 03-76272929.

BACA LAGI : 7 Talian Sokongan Emosi Yang Boleh Dihubungi Untuk Individu Alami Masalah Depresi – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI