Berita

“Saya Cuba Gamble Untuk Dapatkan Silver Tapi Mungkin Belum Rezeki” Aniq Kasdan Kecewa Terlepas Peluang Raih Pingat

Share

Badang negara, Aniq Kasdan meluahkan rasa kecewanya apabila terlepas peluang meraih pingat dengan perbezaan satu kilogram (1kg) berbanding mengalami kekalahan teruk.

Reaksi itu dikongsi Aniq (22) apabila terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di South Paris Arena.

“Tadi tu, kalau saya dapat angkat ia akan jadi pencapaian baru untuk saya. Jadi saya dan coach saya, Amirul tadi memang cuba ‘gamble’ untuk dapatkan pingat. Kalau saya dapat jerk tadi saya mungkin dapat silver.”

“Mungkin Allah belum nak beri lagi dan mana tahu di masa akan datang saya akan dapat lebih baik,” katanya.

Kredit: BERNAMA

Atlet kelahiran Johor itu melakukan angkatan terbaik 130kg dalam snatch untuk menduduki tangga keempat.

Dia kemudian bermula baik apabila melakukan angkatan 167kg dalam percubaan pertama clean and jerk, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 297.

Walau bagaimanapun, wakil Amerika Syarikat, Hampton Morris, yang sekadar melakukan 126kg dalam snatch, bangkit mengangkat 172kg dalam percubaan kedua clean and jerk, sekali gus memintas kedudukan Aniq.

“Saya dah cuba angkat lebih daripada apa yang saya pernah buat sebelum ini (172kg dalam latihan), tetapi tidak berjaya. Jika berjaya dengan bebanan 174kg itu, boleh dapat pingat perak dan buat rekod kebangsaan baharu (bagi clean & jerk

),” jelas Aniq.

Atlet negara itu, kemudian cuba melakukan angkatan 174kg tetapi kedua-dua percubaan terakhirnya gagal.

Pingat emas diraih oleh Li Fabin, dari China dengan angkatan keseluruhan 310kg manakala wakil Thailand, Theerapong Silachai, memenangi perak dengan 303kg.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti 

TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE