Hiburan

“Saya Cuba Jual Rupa…” Arrora Salwa Akui Nyanyian Kurang Bagus, Bersyukur Ditawarkan Peluang Untuk Berlakon Semula

Share

Peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) Arrora Salwa yang tersingkir pada minggu kelapan mengakui beliau sudah bersedia sejak awal untuk terkeluar dari pentas GV11 dan menyanyi bukanlah satu kelebihan dirinya.

Arrora Salwa atau nama sebenarnya Salwa Binti Md Razak (40) turut meluahkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian dirinya apabila diberikan peluang selama lapan minggu untuk beraksi di pentas GV11.

“Alhamdulilah sebenarnya untuk pengetahuan semua setiap minggu memang saya dah sedia secara mental bahawa saya akan tersingkir”

“Gegar Vaganza adalah satu platform yang bagus untuk semua penyanyi kerana ia bukan sahaja boleh mengetengahkan bakat nyanyian dan artis itu sendiri perlu bijak menggunakan GV untuk mengeksplorasi peluang-peluang lain,” katanya ketika ditemui oleh pihak media selepas persembahan GV11, semalam.

Selain itu, Arrora turut mengakui bahawa percubaannya untuk menjual ‘rupa’ di pentas Gegar Vaganza itu turut membuahkan hasil apabila ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah drama berepisod oleh pengarah terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam.

“Saya dilamar oleh Datuk Yusof Haslam pada Jumaat lepas dan memang beliau tunaikan janjinya. Saya juga memang teruja untuk masuk semula ke set penggambaran dan tak sabar untuk membawakan watak yang ditawarkan”

@remaja.my Arrora Salwa sebagai peserta GV11 yang tersingkir pada minggu ke-8 mengakui bahawa nyanyian bukanlah kelebihan dirinya. Walau bagaimanapun, Arrora cuba mengambil peluang dengan menjual sedikit ‘rupa’ bagi mendapatkan peluang yang lain dalam industri seni✨ Baru-baru ini juga, Arrora telah ditawarkan peluang untuk berlakon oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam bagi sebuah drama berepisod🤩 Apa pun kami mendoakan yang terbaik untuk Arrora Salwa💖 #majalahremaja
#remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja

“Saya pernah cakap sebelum ini, suara nyanyian saya memang kurang bagus tapi saya rasa GV adalah satu platform yang saya boleh cari peluang untuk explore”

“Saya mungkin ada sedikit rupa dan saya saya cuba jual ‘rupa’ itu sebab daripada rupa itu juga mungkin boleh dapat yang lain-lain di masa akan datang,” jelasnya.

“Saya juga tak sangka saya sampai ke tahap ini (minggu kelapan) kerana sebelum ini saya siap target mungkin akan tersingkir di minggu ketiga, jadi saya rasa mungkin dengan penyingkiran ini akan mudahkan saya untuk lebih fokus dengan perkara yang lagi satu (berlakon),” ujarnya lagi.

Sementara itu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu berjudul ‘Ahmad’ itu juga memberitahu keputusannya untuk berhenti menjadi pramugari adalah keputusan yang paling akhir kerana beliau ingin melihat perkembangan dirinya dalam industri seni untuk setahun ke dua tahun kedepannya terlebih dahulu.

“Sementara saya tengah cuti sampai hujung bulan Januari ini, saya mahu tengok dulu sama ada perjalanan saya dalam industri ini ‘secure’ atau tidak. Jika tidak terlalu baik, saya mungkin akan terbang semula tetapi jika keadaan lebih baik mungkin saya akan ‘consider’ semula. Jadi alhamdulilah sangat bila dapat tawaran lakonan ini,” jelas Arrora.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE