Penghijrahan merupakan suatu perubahan besar yang telah berlaku dalam diri.
Semalam, merupakan hari yang sangat bermakna buat pelakon Adam Corrie. Tarikh 13 Julai 2007 merupakan hari dimana lelaki berbangsa Cina ini memeluk agama Islam. Pejam celik pejam celik rupanya sudah 14 tahun Adam Corrie istiqamah memeluk Islam.
Sempena memperingati peristiwa yang bermakna ini, beliau juga telah berkongsi kisah bagaimana beliau boleh mendapat hidayah memeluk agama Islam menerusi satu hantaran di Facebook
miliknya.Baca perkongsian Adam Corrie di catatan fbnya.
“Saya masih ingat lagi, pada waktu pagi sekitar jam 3.00 ke 4.00 pagi pada 13 Julai 2007 iaitu 14 tahun yang lalu.
“Ketika itu saya belum kembali pada fitrah (belum memeluk Islam) dan saya nekad berdoa kepada Allah kerana menginginkan kehidupan yang lebih baik.
“Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan agamaku sehingga mati, berikanlah aku petunjuk,” tulis Adam.
Tulis Adam lagi yang berkata bahawa beliau mendapat petunjuk hidayah memeluk Islam ketika berada di alam mimpi dan terus terjaga ketika azan subuh berkemundang.
“Setelah mendapat hidayah serta petunjuk, paginya saya terus pergi ke pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun.
“Alhamdulillah, Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya.
“Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqamah memeluk Islam dalam diri saya dan kita semua. Senyum selalu, selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” tulis Adam mengakhiri hantaran beliau di Facebook.
Untuk info, Adam Corrie sebelum ini mengaku yang dia pernah bergekar seorang atheis, iaitu tidak mempercayai kewujudan Tuhan sebelum masuk agama Islam. Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.
Sumber : Facebook Adam Corrie