
Pelakon, Zarina Zainuddin baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Muhammad Adam Azrai mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023.
Melalui perkongsian di Instagram, Zarina memaklumkan anaknya, Adam berjaya meraih keputusan 6A dan 2B.

“Alhamdulillah. Adam dah dapat keputusan SPM dapat 6A 2B+.Syukur💕” – Zarina
“Sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat. Ibu tak pandai biarlah anak pandai. Semua ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak2 kita semua berjaya, amin❤️” – Zarina

Anak kepada pelakon itu, Adam mendapat skor A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Sains Sukan dan skor B+ untuk subjek Bahasa Melayu dan Prinsip Perakaunan.
Tahniah kami ucapkan kepada Adam kerana memperoleh keputusan cemerlang. Semoga berjaya dalam apa jua bidang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Demi Lovato Mengaku Pernah Dirogol Pelakon Lelaki

Semakin ramai selebriti antarabangsa yang terbuka untuk memaparkan kehidupan mereka yang sebenar menerusi filem dokumentari.
Sekiranya pada tahun lalu, nama-nama besar seperti Ariana Grande, Shawn Mendes dan Blackpink telahpun melancarkan dokumentari masing-masing menerusi platform penstriman atas talian, kali ini tiba pula giliran Demi Lovato menerusi siri dokumentari ‘Dancing With The Devil’..
.. dan Demi tidak teragak-agak untuk menceritakan segalanya.
Ini termasuklah kisah malam dia menggunakan dadah secara berlebihan (overdose), 3 tahun laluu.
Okay, apa sebenarnya yang terjadi ini?
Siri tersebut bakal menemui penonton di YouTube pada minggu hadapan.
Namun, episod pertamanya telah ditayangkan lebih awal malam Selasa lalu di acara virtual ‘South by Southwest’.
Banyak perkara telah diperkatakan oleh Demi dan salah satu daripada topik hangat yang diperkatakan oleh Demi adalah mengenai insiden overdose pada tahun 2018 yang hampir meragut nyawanya.
Kata Demi, dia dan kawannya telah berkunjung ke beberapa buah bar pada tahun 2018 dan menuju ke rumahnya tidak lama selepas itu. Selepas semua orang pulang ke rumah masing-masing sekitar 5.30 pagi, dia yang sedang mabuk membuat panggilan telefon kepada seorang pengedar dadah bagi meminta dia mengirimkan dadah jenis oxycodone dan mungkin fentanyl.
Namun, keinginannya itu telah bertukar menjadi pengalaman pahit yang masih diingatinya.
“Saya bukan sekadar overdose, mereka juga mengambil kesempatan secara seksual ke atas saya.
“Apabila mereka menemui saya selepas malam itu, saya dalam keadaan tidak berbaju dan kulit saya sudah hampir bertukar biru selepas pelaku mengambil kesempatan.”
Demi Lovato semasa berada di karpet merah anugerah Billboards pada tahun 2018..
Selepas insiden itu, Demi dihantar ke hospital dan doktornya bertanya jika dia telah menjalinkan hubungan sulit dengan keizinannya. Demi tidak bersetuju dia harus diperlakukan sebegitu memandangkan dia tidak mampu mempertahankan dirinya.
Demi turut memberi komen mengenai keadaannya selepas insiden yang hampir meragut dirinya itu. Dia terpaksa berdepan dengan 3 serangan angin ahmar (stroke) dan satu serangan jantung.
Hasil daripada serangan tersebut, Demi kini tidak lagi boleh memandu dan berdepan masalah blind spots pada matanya.
“Kadangkala bila saya menuang air, saya tidak dapat menuangnya tepat ke dalam cawan kerana saya tidak mampu melihat dengan betul.”
Sejak insiden pada tahun 2018 itu, Demi berterusan cuba memperbaiki dirinya dari segi mental dan fizikal.
Dalam episod keempat ‘Dancing with the Devil’ itu kelak, ia akan menunjukkan Demi mengambil suntikan Vivitrol untuk membantu mengatasi keinginannya terhadap alkohol dan opioid.
*
Banyak betul dugaan yang dihadapi oleh bekas bintang Disney ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Demi Lovato Enggan Lagi Pengaruhi Remaja Gunakan Filter Wajah – REMAJA
Terdahulu, Demi pernah mendakwa dirinya diperkosa pernah terjadi semasa dia berusia 15 tahun lagi dan ia menjadi punca dirinya hilang dara.
Insiden itu dakwanya melibatkan seorang pelakon lelaki dan pada usia muda itu, Demi sekadar mendiamkan isu tersebut saja. Implikasinya, ia masih menghantui dirinya memandangkan lelaki itu masih tidak dikenakan sebarang tindakan oleh ‘orang industri’ dan masih diambil bekerja.
Rugi Hampir RM300 Ribu Disebabkan Covid-19, Rossa Berkongsi Dia Pernah Positif Virus Tersebut

Selain Malaysia, Indonesia juga antara negara Asia yang teruk dilanda pandemik Covid-19. Banyak individu yang terkesan dek penutupan perniagaan dan juga kehilangan orang tersayang. Sesiapa sahaja tidak lepas dari kesan penularan virus ini.
Seperti yang terjadi kepada Rossa, dia berkongsi yang dirinya kerugian satu miliar rupiah ataupun bersamaan dengan RM287,961.37 dalam satu sesi temubual podcast bersama pengacara dan pereka fesyen, Ivan Gunawan.
.
Kerugian yang dialami itu bukanlah kerugian kerana dia perlu menggunakan wang tersebut untuk tujuan perubatan sebaliknya rugi kerana perlu memulangkan wang deposit mereka yang sudah membayar untuk persembahannya.
Kongsi ibu satu anak ini, “Waktu itu saya mengalami demam kepialu, selepas melakukan pemeriksaan terus disahkan negative Covid -19. Kerana memang wajib bagi juri Indonesia Idol untuk membuat test PCR setiap minggu sebelum live di televisyen setiap Isnin. Sehingga hujung minggu keadaan masih lagi saya dan pembantu saya lima hari sebelum itu telah disahkan positif.
“Khuatir dengan diri saya duduk di rumah sahaja biarpu disahkan nehgatif, selepas lima hari berehat saya masih lagi tidak sembuh. Kemudian, saya disahkan positif kerana saya perlu melakukan ujian Covid-19 sebelum terbang ke Surabaya bagi mengadakan satu persembahan, dari situlah baru saya tahu yang saya terjangkiti virus tersebut.”
Sumber: Tribun News, Sumber Gambar: Instagram Rossa
Tang Jie-Ee Wei Muncul Naib Juara Jelajah Dunia Akhir, Bawa Pulang RM445,000

Baru-baru ini, impian duo beregu campuran negara, Chen Tang Jie (26) -Toh Ee Wei (24) untuk melakar sejarah menjadi wakil pertama negara muncul juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China tidak kesampaian.
Pasangan nombor lapan (8) dunia itu terpaksa akur tewas kepada nama besar, juara Sukan Olimpik Paris 2024 dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi final di Gimnasium Olimpik Hangzhou, malam tadi.
Walau bagaimanapun, usaha Tang Jie-Ee Wei wajar diberikan pujian wajar diberikan apabila memberi tentangan sengit sebelum menyerahkan mahkota kejuaraan kepada pasangan berstatus nombor tiga dunia itu.

Dalam pada itu, pasangan tuan rumah dibantu sokongan padu ribuan penyokong memulakan set pertama dengan langkah kanan apabila menang 21-18, biarpun ditentang hebat gandingan negara.
Pada permainan kedua, Tang Jie-Ee Wei memperkemaskan corak permainan mereka dan ia membuahkan hasil sebelum menang 21-14 untuk mengheret saingan ke set penentuan.
Gandingan harapan negara itu turut cuba meneruskan momentum positif menerusi aksi bertenaga, namun pengalaman memisahkan mereka yang terpaksa akur tewas 17-21 kepada Si Wei-Huang Ya Qiong dalam tempoh 75 minit permainan.
Keputusan tersebut melebarkan jurang kemenangan Si Wei-Ya Qiong kepada 4-0 ke atas Tang Jie-Ee Wei.

Menerusi kemenangan itu, Si Wei-Ya Qiong meraih wang tunai AS$210,000 (RM934,553), manakala Tang Jie-Ee Wei membawa pulang AS$100,000 (RM445,025). Difahamkan, saingan tersebut juga menjadi pentas final terakhir buat Si Wei-Ya Qiong.
Walaupun baru berusia 27 tahun, Si Wei sebelum ini mengumumkan akan bersara selepas berakhir saingan WTF tahun ini.
Sementara itu, Tang Jie-Ee Wei mengesahkan kemaraan ke final buat kali pertama selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie 21-15, 21-12 pada aksi separuh akhir.
Si Wei-Ya Qiong pula mara juga hasil kemenangan ke atas rakan senegara, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-11, 21-18 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.