Cuba lari daripada watak stereotaip, hos dan pelawak terkenal, Sherry Alhadad mengakui agak gementar bagi menjayakan karakter Che Ton, iaitu seorang ibu tiri jahat menerusi naskhah hit berjudul Khunsa.
Berkata kepada Remaja, Sherry juga mendedahkan dirinya agak risau bagi menjayakan babak memukul kepala pelakon berbakat besar, Azhan Rani menggunakan senduk kayu, seperti mana babak berkenaan berjaya tular di media sosial, baru-baru ini.
“Selepas cut yang pertama, saya terus gigil kerana salah satu sebabnya saya tidak pernah membawa watak macam ini.
“Yang kedua pula adalah saya terpaksa mengetuk kepala Azhan Rani menggunakan senduk kayu.
“Tetapi, kerana dia seorang pelakon yang profesional, dia okey sahaja kerana itu hanyalah sekadar lakonan untuk menjayakan babak berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun itu sangat serius dan mementingkan masa ketika menjayakan sesebuah babak, terutama apabila bergandingan dengan aktor yang cukup disiplin di set pengambaran.
“Saya dengan Azhan akan bergelak ketawa sebelum bermulanya action. Ada sahaja perkataan yang keluar daripada mulutnya.
“Saya pun playful juga, tetapi apabila saya dapat pasangan yang sangat disiplin dalam set pengambaran, terus sahaja in caracter.
“Ia kerana, kita tak mahu membuang masa, tak nak ada dua atau tiga take. Kita nak take pertama ini adalah yang terbaik. Bila kata cut , barulah ketawa sakan,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Sherry Alhadad