Nama Alya Iman kian meniti di bibir peminat terutama penonton setia drama Layang-Layang Perkahwinan yang kini ditayangkan di Astro Ria dengan melakonkan watak Tsuraya.
ARTIKEL BERKAITAN: Cucu Kala Dewata, Anak Bongsu Azmil Mustapha. Darah Seni Mengalir Dalam Diri Alya Iman
Namun hangat baru-baru ini apabila pemilik nama lengkap Nur Alya Iman Azmil dikaitkan dengan babak ‘soft porn’ yang dilakonkannya bersama hero kesayangan ramai, Shukri Yahaya.
Alya berkata, dia terlebih dulu bertanya kepada pengarah Eyra Rahman untuk mendapatkan kepastian berkaitan babak berkenaan sebelum penggambaran.
“Memandangkan babak ini memang ada dalam skrip, jadi sebagai pelakon, saya hanya jalankan tanggungjawab mengikut skrip dan arahan diberi.
“Semua orang cakap babak itu ‘soft porn’, tapi dari segi apa yang membuatkan mereka beranggapan sedemikian?
“Lagipun, kami tahu apa yang berlaku di belakang kamera dan ia tidaklah seperti disangkakan. Kami tetap jaga semuanya,” katanya kepada sumber.
Mengulas tidakkah dirinya terfikir babak ‘soft porn’ ini bakal mengundang kemarahan netizen, Alya berkata, dia maklum berkaitan aspek tersebut namun harus bertindak profesional demi tuntutan kerja.
“Tak dinafikan, memang ada yang kecam dan komen yang diterima sangat kejam terutama dalam aplikasi X hingga saya takut nak buka aplikasi berkenaan.
“Saya sudah lali dengan apa yang orang nak cakap soal saya. Sebelum ini, ramai melabelkan saya dengan macam-macam gelaran.
“Orang sudah lama benci saya. Tapi, ia tidaklah begitu merisaukan kerana mereka yang rapat dengan saya seperti keluarga, pasukan kerja dan pengurusan termasuk produksi drama ini lebih mengetahui diri saya sebenar,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia bukanlah seorang yang kalis kecaman.
“Saya hanya manusia, masih ada hati dan perasaan. Ada kala saya terasa hati juga dengan kata-kata nista yang dilemparkan, tapi bergantung kepada kecaman.
“Jika ia berkaitan soal kerjaya, saya terima. Ini kerana ia bermakna saya berjaya membawa watak Tsuraya hingga penonton benci. Itu sesuatu yang positif buat saya,” katanya.
Akuinya, dia sudah melalui banyak pengalaman menyedihkan dalam hidup walaupun masih muda di usia 23 tahun.
“Tidak dinafikan, pengalaman hidup membentuk saya menjadi gadis tabah dan kalis kecaman.
“Kehilangan ibu dan ayah, membesar dalam keluarga berantakan dan berkerja pada usia muda demi menjaga arwah ayah membuatkan hati serta jiwa kental berdepan apa juga cabaran hidup.
“Justeru, bila ada kecaman netizen, ia langsung tidak memberi kesan. Saya tahu boleh hadapi semua ini dan bersedia dengan apa juga cabaran yang bakal mendatang,” katanya.
Terdahulu, adegan membabitkan Shukri dan Alya tersebar melalui klip video yang antara lain memaparkan sedutan babak berkenaan, yang dikongsi netizen dalam media sosial.
Antara lain, babak itu memaparkan watak Azim Asibullah lakonan Shukri, sedang mandi, didatangi Tsuraya Lin (Alya).
Babak berani itu menjadi bahan kecaman dalam media sosial kerana didakwa cuba menormalisasikan kandungan separuh lucah.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Alya Iman