Menerusi konsert minggu kedua, Isaac Voo yang mendendangkan lagu Terhangat Di Pasaran nyanyian asal KRU dan Adam menerima kutipan markah paling rendah.
Oleh hal demikian, Isaac yang juga anggota kumpulan IN2IT menjadi peserta Big Stage 2023 pertama yang tersingkir, pada malam semalam.
Walaupun menerima keputusan dengan hati terbuka, namun Isaac mengakui ada berasa sedikit sedih kerana tidak dapat menunjukkan lagi bakat serta kreativiti yang ada untuk para penonton dan peminatnya.
Tetap positif, Isaac Voo juga meminta para peminatnya agar menerima keputusan penyingkirannya pada minggu kedua program itu bersiaran.
“Sejujurnya saya ada rasa sedikit sayang (sedih) sebab masa rehearsal memang saya tiada suara dan hari ini (semalam) saya rasa tidak dapat buat yang terbaik.
“Saya rasa boleh buat lebih baik untuk next time sekiranya tidak disingkirkan. Selain itu, saya sedikit sedih untuk peminat sebab mereka selalu undi saya tapi tidak mengapa… ini bukan pengakhiran. Mana tahu, di masa akan datang nama saya boleh jadi besar, kita tidak tahu kan.
Ads
“Saya harap peminat tidak sedih sebab setiap perjalanan itu ada turun naiknya di kita kena terus berusaha sahaja,” tuturnya kepada Remaja.
Selain itu, Isaac turut memaklumkan dirinya menerima keputusan daripda pihak juri dengan hati yang terbuka malah turut meminta peminat agar tidak ‘menyerang’ rakan seperjuangannya, Naufal Azrin yang diselamatkan pihak juri dengan mengguna kuasa Immuniti-X.
“Saya percaya mesti ada sebab kenapa juri memilih saya (untuk disingkirkan) dan saya menerima keputusan ini dengan baik.
Ads
“Saya juga tidak pernah terasa dengan komen Abang Ajai sebab saya terima apa yang dia komen tentang saya dengan hati terbuka.
“Saya sertai Big Stage sebab saya mahu dengar reaksi atau maklum balas yang mana saya boleh perbaiki diri lagi. Walaupun saya tersingkir tapi tak perlu serang sesiapa,” ujarnya panjang.
Nama Isaac diumumkan tersingkir selepas dua juri tetap, Ajai dan Aina Abdul membuat keputusan tersebut demi menyelamatkan Naufal yang sepatutnya terkeluar berdasarkan undian juri serta peminat yang tidak menyebelahi dirinya.
Ads
11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Hoondoo, COEX, Waode, Naufal Azrin, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Meer Nash dan Farhan Shah.
Rancangan realiti yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini turut dijurikan oleh Penyanyi berbakat, Aina Abdul sebagai juri tetap Big Stage 2023 bersama komposer terkenal, Ajai selain juri juara undangan ialah Andmesh Kamaleng.
Manakala, figura yang menduduki kerusi juri presiden netizen pada minggu ini ialah pempengaruh media sosial, Ryan Bakery.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Well guys, kalau korang ada planning nak pergi ke IKEA Batu Kawan pada hujung minggu ini, make sure siap-siap lakukan stretching, senaman panas badan dan pakai sneakers paling selesa okay.
Ini kerana gudang perabot keempat IKEA di Malaysia yang baru dibuka pada hari ini (14 Mac) tersangatlah besar keluasannya.
Cuba bayangkan, terdapat lebih 8,000 kelengkapan rumah berkonsepkan Scandinavia di dalam ruang seluas 470, 146 kaki persegi.
Fuh, tak perlu pergi gym dah lepas tu!
Pembukaan ini bagaimanapun adalah berita baik untuk penduduk di Pulau Pinang dan negeri utara Semenanjung yang tidak lagi perlu susah payah berulang-alik dari utara ke Kuala Lumpur untuk membeli perabot semata-mata.
Korang hanya perlu lalui 49 ruang pameran di sini untuk mendapatkan inspirasi terlebih dahulu. Kemudian, beralih pula ke bahagian produk seperti biasa untuk memilih mana yang paling love!
Jangan lupa pula untuk makan dulu di Restoran IKEA, Bistro IKEA (karipap!), Bakeri IKEA (roti) atau di kafe khas Sweden bagi yang teringinkan menu negara itu.
Sempena pembukaan gedung pada hari ini, korang perlu merebut pengalaman best yang ada hanya untuk hari ini saja seperti bergambar di kiosk IKEA, lakukan lukisan muka, mengambil belon percuma dan tawaran ahli IKEA FAMILY seperti makanan serta mencetak kanvas Trishaw Captain.
Bagi yang memandu, kami cadangkan untuk menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan keluar dari Bandar Cassia selepas tol. Bagi pelangga dari Bukit Tambun pula, buat pusingan kanan di lampu isyarat Aspen Gallery.
Bagi yang tak memandu, ambil perkhidmatan bas ulang-alik percuma di antara Design Village dan IKEA Batu Kawan dari jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo yang juga merupakan individu paling ramai pengikut di media sosial. Kehebatannya dalam dunia sukan bola sepak sudah tidak lagi boleh disangkal, malah ketika berusia 37 tahun beliau masih mampu berada di kesebelasan utama pasukan.
Cristiano Ronaldo merupakan penerima gaji tertinggi di Manchester United, kelab terkininya selepas berpindah dari Juventus dengan nilai perpindahan 21 juta pound (RM121 juta).
Bergelar seorang ayah kepada empat orang anak, bintang bola sepak ini juga mempunyai kekasih yang cantik jelita bernama Georgina Rodriguez. Tidak dinafikan kekasihnya itu juga terkena ‘tempias’ populariti apabila dia kini mempunyai siri realiti sendiri di platform penstriman digital Netflix.
I Am Georgina mempunyai enam episod dan apa yang menariknya, siri realiti televisyen ini membongkar rahsia perkenalan mereka yang bermula dari tempat kerja Georgina.
Rupa-rupanya wanita berusia 28 tahun itu sebelum ini adalah seorang pekerja Gucci dan Ronaldo terpikat dengannya ketika berbelanja di butik mewah itu. Siapa sangka daripada gadis biasa yang tidak punya apa-apa, kini kehidupan Georgina berubah sepenuhnya.
“Dulu saya menjual barangan mewah, kini saya menggayakannya di karpet mewah”
Itulah antara bait yang diucapkan oleh gadis bertuah ini ketika menceritakan perubahan hidupnya selepas bertemu dengan Cristiano Ronaldo.
Benarlah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?
Kisah pasangan ini juga sempat trending di aplikasi TikTok apabila kebanyakan wanita membuat video parodi sedang mencari pekerjaan di butik Gucci.
Ada banyak lagi perkara menarik yang dibongkarkan dan korang juga pastinya teruja melihat kehidupan mewah pasangan popular ini. Bagi peminat setia Cristiano Ronaldo, korang boleh tonton siri realiti I Am Georgina yang kini sedang ditayangkan di Netflix.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertandingan Separuh Final Muzik Muzik 37 (SFMM37) telah pun melabuhkan tirainya hari ini. Sepanjang dua episod pertandingan diadakan, sebanyak 30 lagu telah dipersembahkan untuk dinilai oleh barisan juri profesional. Akhirnya hanya 12 lagu sahaja yang layak untuk dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-37 yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.
Salah satu persembahan yang menjadi perhatian ramai adalah menerusi lagu Berakhirlah Pencarianku yang dipersembahkan oleh Wani kayrie dan Ahmad Syafiq. Walaupun mereka hanya muncul sebagai penyanyi gantian kepada penyanyi asal, Ernie Zakri dan Hafiz Suip, ternyata paduan vokal mereka menuai pujian ramai.
Menerima kritikan pada permulaan mereka diumumkan sebagai penyanyi gantian bagi lagu tersebut, namun apabila mereka tampil di pentas SFMM37 semalam ternyata ramai yang terpesona dengan kemampuan mereka mendendangkan lagu itu dengan baik.
Buktinya, setakat ini video nyanyian mereka yang telah dimuat naik kurang 24 jam di YouTube TV3 telah menerima tontonan lebih 32 ribu kali. Melihat ke ruangan komen, antara pujian yang diberikan:-
“Wow not bad, diorang berjaya bawa lagu ni dgn baik, memula kecewa jugak bila lagu favorite ni diganti penyanyinya, tapi lepas tengok diorang perform, kecewa tu terubat.. good job korang!” puji Aurora 11.
“OMG. Walaupun penyanyi gantian, mereka sangat bagus membawakan lagu ni. Dapat rasa romantik dan jalan cerita sungguh dapat dirasakan. Tahniah. Of course penyanyi asal lebih baik tapi duet ni 2nd! Good job,” ujar Zue Zuely
“Persembahan yang sangat baik. Goodluck Syafiq & Wani,” ucap Azlin Jamil.
Marwani Muhamad pula berkata, “Wow amazing, both of you did very well! Good Luck!”
Nurul Marlisa meninggalkan komen,“Walaupun bukan lagu diorang, tapi diorang dh buat sehabis baik ni.”
Walaupun begitu, lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Datuk A.Aida itu tidak tersenarai untuk ke peringkat akhir, namun berjaya didendangkan dengan baik oleh kedua-dua penyanyi muda tersebut.
Memetik kata-kata Wanie di Instagram, “Tahniah kepada semua finalis AJL37, Semestinya, langkah kami tidak akan terhenti di sini. Mohon maaf di atas segala kekurangan kami. Terima kasih di atas sokongan anda semua. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi ya, good job team!”
Lagu yang berjaya bergelar 12 lagu terbaik yang akan ke Anugerah Juara Lagu adalah Kembali Terang (Marsha), Terus Hidup (Aina Abdul), Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi), Bagaikan Dia (Liza Hanim & Shila Hamzah), Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos), Satu Malam Di Temasek (Jow Flizzow & Sonaone), Nang (Iman Troye), Mainan (Naim Daniel), Payung Pelangi (Noki & MK K-Clique), Sengsara (Khai Bahar), Irama (Shiha Zikir) dan Korban (Ernie Zakri).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...