Sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia dan pemerhati dari negara lain berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keperibadian putera-putera dan puteri-puter diraja Malaysia.
Salah seorang yang paling layak membawa gelaran ‘the most eligible bachelor’ tidak lain tidak bukan ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tengku Hassanal, 28 semalam mencuri tumpuan apabila baginda meminta orang ramai agar menghormati privasi mengenai kehidupan peribadinya terutama dalam soal jodoh dan melangkah ke alam perkahwinan.
Menurut Tengku Hassanal, di sebalik pesanan itu baginda tetap menghargai keprihatinan rakyat yang berminat untuk mengetahui serba-sedikit mengenai siapakah calon isteri pilihan baginda serta usia sasaran untuknya menamatkan zaman bujang.
“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti Negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.
“Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.”
Ads
“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya. Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi,” catat baginda menerusi hantaran di akaun Instagram rasminya pada hari Khamis.
Tengku Hassanal turut menjelaskan bahawa baginda kini mahu meletakkan fokus terhadap tugas-tugas serta tanggungjawabnya ke atas rakyat jelata.
Ads
“No wedding, takde kahwin. Jangan kacau saya.
“Sila berbual mengenai politik Malaysia, perniagaan dan bola sepak. Teruskan kehidupan, bergelak tawa dan berkasih sayanglah,” catat baginda dalam nada seloroh.
Ads
Selain itu, baginda turut beterima kasih dan menghargai sokongan yang sentiasa diberikan oleh rakyat.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai adat-istiadat perkahwinan gah lagi meriah melibatkan Pangiran Muda Brunei, Pangiran Muda Mateen Bolkiah bersama wanita pilihannya, Yang Amat Mulia Dayang Anisha Rosnah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan pasangan, ada banyak perkara yang perlu korang fikirkan terlebih dahulu.
Walaupun mungkin dah 10 tahun berkenalan, tapi biasanya memang korang tak akan kenal 100 peratus perangai sebenar pasangan. Jadi, kalau dah ada yang berniat nak menamatkan zaman bujang tu, tahniah kami ucapkan.
Cuma sebelum tu, ada beberapa perkara perlu korang betul-betul faham dan bincangkan dengan pasangan sebelum mendirikan rumah tangga.
1. Agama
Paling penting, ada pegangan agama yang kuat barulah boleh melayari bahtera rumah tangga bersama. Nak hidup bersama ni perlu ada orang yang boleh bimbing kita ke arah kebaikan.
2. Kewangan
Bukan la nak jadi materialistik, tapi seeloknya sebelum kahwin clarify terlebih dahulu kewangan korang untuk sama-sama membuat pembahagian dalam komitmen bayaran bulanan.
3. Tempat tinggal
Sama ada nak sewa rumah atau tinggal di rumah keluarga, time ni la korang patut decide dulu sebelum kahwin. Tak nak ada isu pula lepas berumah tangga nanti. Sebaiknya, cuba untuk tinggal berasingan daripada keluarga. Belajar berdikari dan waktu ini lah nak ‘honeymoon’ dengan pasangan.
4. Pekerjaan
Tidak semua pekerjaan mempunyai waktu bekerja yang sama. Mungkin pasangan korang bekerja mengikut shift atau sering overtime. Jadi, cuba untuk faham pekerjaan dan waktu kerja mereka.
5. Tahap kesihatan
Jangan rahsiakan hal kesihatan kepada pasangan. Jika ada masalah berkaitan dengan kesihatan, terus terang saja agar pasangan boleh memahami tahap kesihatan korang.
6. Keluarga mertua
Apabila kita berkahwin, kita bukan saja bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan, tetapi bersama keluarga sekali. Sikap mak dan ayah mertua mungkin tidak akan sama seperti ibu bapa kita, jadi cuba luangkan lebih banyak masa untuk mengenali hati budi mereka sebelum berkahwin.
7. Haiwan peliharaan
Nampak macam remeh, tapi ini antara perkara yang korang perlu bincang juga. Mana la tahu si suami suka kucing tapi bakal isteri pula takut dengan kucing. Kalau rumah korang nanti ada haiwan peliharaan seperti tu, mau dia melompat dalam rumah nanti. Atau mungkin saja dia alah kepada bulu-bulu haiwan.
8. Makanan
Ambil tahu cita rasa pasangan korang. Selain itu, tanya juga sama ada mereka punya alahan pada makanan atau tidak. Janganlah sediakan makanan ikut tekak sendiri je nanti. Haha!
9. Minat
Mempunyai minat yang sama adalah bonus untuk sepasang suami isteri. Tapi jika tidak, hormati minat atau hobi pasangan korang dan sesekali cubalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut bersama-sama untuk mengeratkan lagi hubungan kalian.
Nak kahwin memang syok, tapi banyak yang korang kena pertimbangkan juga tau. Barulah harmoni rumah tangga yang dibina nanti. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam dunia ni, ada banyak rahsia yang masih membu
atkan ramai orang tercari-cari jawapannya.
Kita masih tidak tahu rahsia di sebalik kehilangan kapal di kawasan Tiga Segi Bermuda. Kita pun tidak tahu mengapa makhluk halus atau – hhm – hantu di setiap benua itu berlainan bentuk dan rupa.
Satu lagi rahsia alam yang sukar untuk diterangkan adalah mengapa lelaki lebih gemar mendiamkan diri semasa bergaduh dengan pasangan mereka.
KENAPA??
Bertengkar itu adalah lumrah dalam kehidupan berpasangan. Ada masanya kita senyum bersama, ada masa kita akan bergaduh, biasalah tu.
Dan kebiasaannya semasa bergaduh, tak kiralah sama ada lelaki itu seorang yang pendiam atau ceria, dia mesti lebih sanggup untuk berdiam berbanding menaikkan suara. Mungkin ia disebabkan oleh 3 faktor ini.
Cer tengok jika korang setuju atau tidak.
Tak Nak Buat Pasangan Lebih Marah
Lelaki kalau boleh tak nak leteran pasangan itu berpanjangan. Mereka malas nak dengar, especially bila suara pasangan semakin lama semakin nyaring dan pitchy.
Sebab itulah, mereka lebih sanggup berdiam dulu, biarkan leteran pasangan reda dan mulakan percakapan selepas itu.
.
Lelaki Gemar Memendam Emosi
Nampak je tenang dan diam, dalam hati lelaki entah apalah yang sedang dirasai olehnya.
Lelaki secara amnya dikatakan lebih suka memendam emosi berbanding perempuan yang lebih gemar meluahkannya. Tapi, kalau dah selalu sangat pendam, boleh meletup okay.
Jadi sebagai pasangan mereka, lebih elok jika kamu bawa si lelaki untuk bertenang selepas bergaduh.
Confuse Apa Masalah Yang Timbul Sebenarnya
Perempuan selalu merasakan diri mereka benar.
Girls, cuba tanya diri sendiri sama ada itu benar atau tidak. Walaupun dalam hal yang remeh, perempuan akan memperbesarkannya. Sebab itu, lelaki mudah confuse tentang apa sebenanrnya isu yang timbul sehingga menyebabkan perbalahan.
Lantas mereka fikirkan adalah lebih baik untuk diamkan diri saja daripada cuba menegakkan sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami.
Menjadi seorang lelaki ni pun bukannya mudah tau. Jadi, daripada serabutkan kepala dengan lebih banyak masalah, lebih baik diamkan diri (dan pakai earphone semasa pasangan tengah marah) je. Hiks!
22 Julai lalu, genaplah usia Selena Gomez yang menginjak 26 tahun.
Sambil meraikan hari jadinya itu bersama kenalan rapat, ada laporan terdekat yang juga berkata Selena turut mengharapkan satu perkara ini untuk datang daripada bekas kekasihnya, Justin Bieber.
Menurut Hollywood Life, Selena ingin Justin memberinya ketenangan total apabila secara rasminya kini, tiada lagi ikatan yang wujud di antara mereka berdua. Justin telahpun bertunang dengan sosialit dan model, Hailey Baldwin manakala Selena pula sudah sekian lama move on daripada episod cinta mereka dahulu.
“Selena kini berada dalam kondisi yang cukup baik dan positif. Dia telahpun benar-benar melupakan Justin. Dan disebabkan itulah, dia berharap agar Justin tidak lagi muncul dengan kiriman bunga, hadiah, menelefon lewat malam ataupun mengirimkan mesej telefon,” kata sumber terdekat itu.
Harapan Selena ini bukanlah tindakan selfish seperti yang dipersoalkan oleh netizen media sosial. Mereka berkata Selena tak seharusnya membuang hubungan baik sebagai kawan dengan Justin.
TETAPI buat Selena, sebolehnya dia ingin menghormati Hailey Baldwin. Dia juga tak mahu memburukkan keadaan sehingga menjadi awkward di antara mereka bertiga. Sebab itulah, Selena berharap Justin tidak akan menghubunginya sempena hari jadi ke-26 tahun ini.
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...