Peminat novel thriller Ramli Awang Murshid mesti tak sabar nak menonton hasil garapan adaptasi Tombiruo di layar perak.
Namun, bagi mereka yang bertuah untuk menyaksikan preview filem ini, rata-rata daripadanya memberikan feedback positif walaupun ada segelintir penonton masih tidak berpeluang untuk membaca karya novel tersebut.
Sepertimana yang telah dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Azzah Abdul Rahman, dia berpendapat bahawa tidak mungkin seluruh 500 muka surat teks pada novel dapat dimuatkan dalam 120 minit tayangan di pawagam.
Tidak semua adaptasi novel ke filem wajib meniru bulat-bulat daripada cerita asal. Ada yang Cuma ‘berdasarkan’ dan ada pula yang hanya ‘diinspirasikan daripada’.
Malah, penulis novel ini sendiri, Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) ketika ditemu bual dengan Sinar Harian turut menjelaskan bahawa, “Kalau mahu masukkan keseluruhan cerita seperti dalam novel mungkin agak mustahil. Jadi, kita sudah berikan sehabis baik agar TERAS cerita itu ada dalam babak-babak filem.”
Sumber Foto: Facebook Azzah Abdul Rahman
Jom kita baca review yang ditulis oleh saudari Azzah ini tentang filem thriller fantasi terhebat 2017 ini.
Tentang filem Tombiruo.
Saya mesti berterima kasih kepada Puan Sri Diah Shaharuddin atas peluang menyertai Gala Premiere yang diberikan kepada saya dan sahabat peminat RAM, Cikpuan Roziyah Mahamad.
Jujurnya, saya belum baca novel Tombiruo. Dan kalau diikutkan, faktor Zul Ariffin tidak cukup kuat untuk menarik saya ke panggung. (Saya belum pernah tengok satu pun lakonan beliau.) Tetapi, ini naskhah RAM, novelis yang amat-amat saya hormati – baik karyanya, mahupun peribadinya.
Jadi, sebagai penulis (belum layak rasanya untuk label diri sendiri ‘rakan penulis’ Tuan RAM, jauh benar!), dan sebagai pengharap setia pada kelainan dalam industri kreatif Malaysia, saya mesti beri sokongan!
Baik. Inilah pandangan saya sebagai penonton yang sangat cerewet memilih karya Melayu untuk ditonton.
• Saya harus beri markah penuh kepada semua babak pertarungan. Terima kasih kru produksi kerana menjadikan silat begitu indah dalam filem ini. *ovasi berdiri*
Ads
• Babak aksi juga hebat. Terutama sewaktu geng Wong diserang Tombiruo. Kenderaan pacuan empat roda berkejaran di kelok-kelok sempit pergunungan Keningau. Lain seriaunya berbanding menonton Evo berlumba di LPT!
• Negeri kegemaran saya, Sabah… aduhai, indahnya digambarkan dalam filem ini! Pundung Ejim di atas pokok, dengan latar belakang Gunung Trusmadi, breathtaking. Saya beberapa kali tersenyum-senyum melihat visual alam yang dipaparkan, dan berbisik kepada diri, ‘Ini sangat Sabah! Ini sangat Malaysia!’
• Kesan khas, terutama babak peluru dan dedaunan mengering di hujung-hujung cerita. Terlupa seketika yang sedang berteriak itu Nabila Huda dan yang di sebalik topeng itu Zul Ariffin, pelakon Malaysia.
Ini pula perspektif saya sebagai penonton filem yang tidak membaca novel dan hanya tahu sedikit asas cerita Tombiruo.
• Jalan cerita banyak berbeza berbanding novel. Saya tiada masalah. Plot versi filem sudah cukup baik. (Spiderman sebelum Marvel x Sony juga begitu.)
• Saya melihat Ejim dan hutan sebagai dua semangat yang bersatu. Hutan melindungi Ejim sebagai bayi yang teraniaya, dan Ejim melindungi hutan apabila dewasa.
• Seberkuasa manapun Tombiruo, ada ayah yang mempengaruhi pertimbangannya. Tetap ada yang di atas untuk membimbing. Kalau mahu sebut tentang elemen kekeluargaan dalam filem Tombiruo, saya pilih ini yang mengesankan.
Ads
• Pembalakan haram – sesuatu yang agak sinonim dengan Sabah. Begitu juga keplastikan golongan politik dan orang-orang kaya yang tamak. Saya fikir, ini sebenarnya isu utama yang mahu Tuan RAM ajak pembaca dan penonton renungkan.
•Bonding Ejim dengan Amir, saya rasakan lemah, tidak begitu dibangunkan. Jadi, perubahan yang agak tiba-tiba pada hujung cerita.
• Unsur thriller kurang thrilling. Ada, sedikit, dan boleh diperbaiki lagi.
• Saya sedikit terganggu oleh kewujudan Wan Suraya di babak akhir dalam hutan. Kau tak ada pun tak apa, cik. Dan kalau perlu ada pun, tak perlulah di tengah-tengah begitu. (Okey, saya memang mudah jengkel jika ada perempuan sibuk menempel di tengah lelaki-lelaki yang sedang sibuk bekerja (baca: bertarung).
• Ada kalanya saya rasa seperti terlalu banyak watak. Dalam novel, ya, indah apabila banyak watak kerana novel perlukan sub-plot. Namun filem umpama cerpen. Apabila terlalu banyak watak, jadi limpahan. Terutama apabila watak itu ditampilkan seperti penting, tetapi karakternya tidak membantu perjalanan plot pun.
• Saya memerhati topeng yang melindungi wajah Tombiruo. Saya gembira kerana ukirannya tidak sempurna seperti topeng yang dijual di kedai-kedai souvenir.
Ads
• Semasa acara memperkenalkan barisan pelakon, the one and only Hasnul Rahmat beberapa kali mengulang supaya, “Tontonlah filem, dan bacalah bukunya.” *tabik hormat*
Saya dan rakan-rakan sempat bercakap-cakap seketika dengan Tuan RAM selepas tayangan. Beliau berkata, “Ini yang pertama, tentulah ada kekurangannya.”
Kemudian saya teringat harapan beliau di pentas sebelum tayangan bermula, “Kepada semua pembaca novel Tombiruo, diharap menyokong filem ini. Sebab ini adalah impian saya. Dalam bahasa tulisannya, ibarat saya tertidur di dunia, terjaga di kayangan.”
Jadi, kepada RAMFC dan pembaca novel Tombiruo, rendahkan ekspektasi, masuk panggung dengan gelas yang kosong, tonton dengan sudut pandang seorang penyokong sejati. Ini adalah impian besar dan hasil kerja keras penulis kesayangan kalian.
Sumber Foto: Facebook Azzah Abdul Rahim
Secara peribadi, wujudnya filem ini sahaja sudah cukup buat saya berpuas hati. Selain disebabkan ini sebuah adaptasi novel yang hebat, genrenya juga berbeza daripada yang sering disebut sebagai kononnya ‘genre kegemaran penonton Melayu.’ Dan itu yang masyarakat kita perlukan hari ini.
Saya beri 4/5 bintang untuk filem ini. Sila pergi tonton bermula 12 Oktober nanti.
(Saya fikir, kedua-dua naskhah novel dan filem mampu pergi jauh merentasi benua)
Guminavo zou diau! / Saya cinta kamu!
Jadi apa lagi, kepada semua peminat novel Tombiruo: Penunggu Rimba, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam berdekatan bermula 12 Oktober nanti.
Hujung minggu lalu menyaksikan pertemuan penting di antara Presiden Indonesia dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat aeroangkasa, Elon Musk. Bertempat di SpaceX di Boca Chica, Amerika Syarikat; Presiden Joko Widodo (Jokowi) disambut oleh Musk sendiri sebelum beliauu dibawa bagi meninjau kemudahan di SpaceX.
Pertemuan bersejarah itu adalah susulan daripada perbincangan Musk bersama Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Luhut Binsar Pandjaitan yang antaranya menyetuh aspek pelaburan, teknologi dan inovasi bersama Indonesia.
Menurut kenyataan daripada pihak Musk, beliau dan pasukannya amat tertarik dengan masa depan Indonesia. “Saya rasa Indonesia memiliki potensi yang besar dan saya rasa kita melalui Tesla dan SpaceX akan mencuba beberapa kerjasama dengan Indonesia.
“Apalagi Indonesia memiliki jumlah populasi dan terus berkembang. Ini bagus kerana kita memerlukan banyak orang di masa depan (tenaga kerja),” kata Musk lagi.
Untuk pengetahuan pada Disember tahun lalu, Tesla telah menyatakan hasrat untuk melabur di Indonesia dan menjadikan negra itu sebagai hab bateri Li-io terbesar di dunia. Bagi pihak kerajaan Indonesia pula, Jokowi kini merancang menjadikan Indonesia sebagai pengeluar terbesar bateri lithium, malah katanya Indonesia mempunyai simpanan nikel terbesar.
Menariknya, lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Amerika Syarikat baru-baru ini juga ada menyentuh mengenai hasratnya untuk melihat menjadikan negara kita sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengalu-alukan pelaburan oleh syarikat dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau dan kereta elektrik ke Malaysia termasuklah – well – Tesla.
“Saya cadang Tesla membuat pelaburan di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik,” katanya di sebuah hotel di Washington DC baru-baru ini kepada rakan media dari Malaysia.
Menurut beliau lagi, masa depan kenderaan elektrik atau EV di Malaysia kini cerah setelah masyarakat kita kini lebih sedar akan kepentingannya untuk alam sekitar. Malah ia juga memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar serta senyap.
Dengan jenama-jenama syarikat automotif yang mengeluarkan kenderaan EV semakin meluas termasuklah Tesla, MG, Audi, Mercedes-benz, Volvo, Hyundai, Porsche dan BMW, pembeli kenderaan EV di Malaysia diberikan pula insentif pengecualian cukai import dan beberapa lagi insentif lain.
Dalam rangka lawatan kerja selama empat hari di Amerika Syarikat, Perdana Menteri turut menemui Presiden Joe Biden dan pemimpin ASEAN lain.
Hhm, dua negara berjiran sedang merebut peluang daripada syarikat antarabangsa yang sama. Negara mana yang akan muncul sebagai pemenang agaknya..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujan yang turun tanpa henti dalam tempoh dua tiga hari ini membuatkan cuaca menjadi sejuk. Malah di sesetengah tempat, cuaca di negara ini dikaitkan dengan Australia kerana suhunya adalah sama.
Tapi apa yang tak bestnya, mulai semalam tular berita cuaca rendah yang dialami di seluruh negara di media sosial. Katanya Malaysia mengalami suhu rendah diseluruh negara kesan daripada berlakunya perubahan tolakan angin monsun dari Filipina. Berita ini diperoleh dari Info Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia.
Maka ramailah yang menyebarkannya di laman sosial masing-masing tanpa membuat penyelidikan sebenar. Untuk makluman semua, berita itu adalah palsu.
Cuaca sejuk yang berlaku di Malaysia sekarang adalah kerana cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk Monsun Timur Laut yang dijangka akan berterusan sehingga Ahad, 14 Januari 2018.
Cuaca sejuk sebab hujan saja tau, bukan kerana perubahan tolakan angin monsun dari Filipina.
Inilah berita palsu yang tular di media sosial semalam!
Malaysia mengalami turunan suhu cuaca berikutan hujan tanpa henti dibeberapa kawasan barat Malaysia. Di antara 18c ke 24 c . Kebiasaanya cuaca di Malaysia adalah 28c ke 34c . Menurunan suhu berlaku kerana berlakunya perubahan tolakan angin monsun dari Filipina.
Anda dinasihatkan untuk memakai baju tebal pada malam ini bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak seterusnya membawa demam panas.
Berikut adalah bacaan suhu terkini yang diramal melanda seluruh Malaysia sehingga lewat pagi esok;
ARAU – 19.7°C
ALOR STAR – 18.3°C
KUALA TERENGGANU – 19.1°C
KUALA KRAI – 17.3°C
BUTTERWORTH – 22.3°C
KUANTAN – 21.9°C
TAIPING – 21.9°C
IPOH – 22.8°C
KUALA LUMPUR – 25.5°C
SEREMBAN – 24.6°C
MELAKA – 23.1°C
JOHOR BHARU – 23.7°C
KUCHING – 20.4°C
BINTULU – 19.6°C
KUNDASANG – 14.2°C
TAWAU – 17.6°C
Tapi ternyata berita ini adalah palsu. Jabatan Meteorologi menafikan cuaca di Malaysia sebaliknya memaklumkan berita ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini
So hati-hati ya guys bila menyebarkan berita. Tak baik buat orang jadi panikkan!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, negara China ialah salah satu kuasa besar yang sering mendominasi kejohanan Sukan Olimpik dan saling bersaing dengan seterunya, Amerika Syarikat. Pada edisi Tokyo 2020 setakat ini, China masih unggul di tangga pertama kedudukan pingat dengan sejumlah emas 34 pingat emas walaupun dikejar rapat Amerika Syarikat (30 emas) dan Jepun (22 emas).
Kalau korang masih ingiat, pada Olimpik Beijing 2008 saja, China selaku tuan rumah telah berjaya mengumpul 100 pingat; 51 daripadanya adalah emas!
Fuh hebat kan..
Ini jelas menunjukkan China mempersiapkan atlet-atletnya dengan begitu rapi dan mereka mempamerkan kualiti yang hampir sempurna dalam setiap acara yang disertai.
Semalam, penerjun cilik perempuan China, Quan Hongchan mengejutkan dunia setelah mempamerkan prestasi memukau dan berjaya melakukan 3 terjunan ‘perfect 10’ di hadapan tujuh orang juri; walaupun dia baru berusia 14 tahun. Ternyata, kuasa China dalam bidang sukan tidak boleh disangkal lagi.
Akan tetapi, di sebalik kecemerlangan Quan, terselit kisah yang menyentuh hati dalam kalangan atlet dari China sebenarnya. Sebilangan daripada mereka sebenarnya berasal daripada kelompok masyarakat yang susah dan memerlukan bantuan kewangan untuk keluarga.
Contohnya seperti Qua tadi, remaja itu berkorban menjalani latihan berat sejak berusia 7 tahun lagi dan ingin memenangi pingat emas untuk China demi menampung kos rawatan ibunya yang sakit.
Mungkin disebabkan populasi penduduk China yang amat padat di mana ramai yang memerlukan bantuan, tercetus persaingan sengit dalam kalangan kanak-kanak di China untuk bergelar atlet kebangsaan.
Mereka yang terpilih menyertai program sukan itu pula perlu berkorban seawal usia 4 tahun. Mereka diberikan latihan intensif selama lebih 10 jam sehari, tanpa pendidikan yang sebenar, dan pemikiran mereka ‘dicuci’ untuk mengintai sebutir pingat emas di Sukan Olimpik. Itu adalah makna kejayaan sejati untuk para atlet ini.
Foto Kredit : chinatoday.comFoto Kredit : min.news
Tanpa menerima pendidikan formal, mereka meletakkan keseluruhan diri mereka pada program latihan menuju ke Sukan Olimpik tanpa alternatif lain.
Sekiranya mereka gagal, mereka akan dibuang tanpa mempunyai skil lain ataupun pendidikan yang membolehkan mereka layak melakukan kerja-kerja lain.
Foto Kredit : min.news
Inilah yang terjadi kepada gimnas lelaki China bernama Zhang Shangwu.
Shangwu terpilih menyertai program latihan pada umur 12 tahun dan kemudian berjaya menjadi gimnas China yang berjaya memenangi 2 pingat emas semasa kejohanan sukan musim panas Universiade di Beijing pada tahun 2001. Lalu, dia menempah tiket sebagai atlet harapan China.
Malangnya, tidak lama selepas itu, Shangwu mengalami kecederaan pada bahagian tendon Achilles dan terpaksa menarik diri daripada Sukan Olimpik Athens 2004.
Dia kemudian terpaksa meninggalkan program latihan pada 2005 tanpa sebarang pampasan. Apa yang dilakukan Zhang untuk menampung kehidupannya adalah melakukan persembahan gimnastik jalanan sebagai punca pendapatan!
Foto Kredit : min.newsFoto Kredit : SCMPFoto Kredit : min.news
Zhang menjadi seorang gelandangan yang tidur di bawah jambatan atau di kedai komputer. Pingat emas yang diperolehi pula telah lama dijual pada harga USD15 (RM63). Beberapa tahun selepas itu, Zhang juga pernah dilaporkan mencuri untuk kelangsungan hidup namun ditangkap dan dipenjarakan lebih 4 tahun.
Lapor Nanjing Daily pada tahun 2010, seramai 45 peratus atlet China dibiarkan tanpa kerja selepas bersara daripada acara sukan masing-masing. Sebilangan besar di antara mereka yang pernah mewakili negara juga tidak diambil sebagai atlet secara langsung oleh persatuan sukan negeri.
Nasib atlet China ini ibarat pepatah Melayu pula; ‘habis sepah madu dibuang’.
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...