“Saya Masih Berusaha Perbaiki Hubungan Saya Dengan Allah” -Mawar Rashid Akui Khilaf & Tindakan Tak Wajar Dicontohi

Share

Selepas industri hiburan tanah air dikejutkan isu pelakon dan usahawan, Mawar Rahshid menanggalkan hijab, tuan empunya badan akhirnya membuka mulut dengan berkongsi kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

 

Bekas peserta Dewi Remaja itu mengakui tindakannya membuka semula hijabnya adalah sebagai perbuatan yang tidak baik selain tidak wajar dicontohi.

 

Bagaimanapun sebagai manusia biasa, ibu kepada dua cahaya mata itu sedaya upaya mahu memperbaiki hubungannya dengan pencipta dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan yang telah dia lakukan.

 

“Assalamualaikum semua. Minta maaf saya tidak angkat dan balas mesej semua yang bertanya tentang keadaan saya. Saya baru ‘on’ telefon.

 

BACA LAGI: “Saya Cuba Tapi Gagal, Saya Minta Maaf” -Kenapa Dengan Mawar Rashid?

“Saya akan bagi kenyataan di sini sahaja ya. Saya tidak mahu bercakap banyak tentang isu ini, sebab tindakan saya ini bukanlah tindakan yang baik dan patut dicontohi.

 

“Sungguhpun semua ini sudah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah SWT. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah sahaja,” katanya.

 

Dalam pada itu, Mawar turut memohon maaf kepada peminat yang kecewa atas tindakan yang dibuat dan memberitahu masih dalam fasa berusaha untuk istikamah selama ini, namun gagal.

 

“Saya juga hendak minta maaf kepada semua orang yang saya sudah kecewakan. Saya dan buat dan saya sudaya upaya untuk istikamah selama ini.

 

“Tetapi saya gagal kali ini. Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan.

 

Pada masa sama, dia juga mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang tidak putus-putus memberikan kata positif dan mendoakan kebaikan untuk dirinya.

 

“Terima kasih kepada yang masih menyokong saya, bagi kata-kata positif dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. Terima kasih,” katanya.

 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Mawar Rashid

Published by
Fath