Kecoh di media sosial mengenai sekumpulan anggota bomba ‘sado’ menunjukkan otot mereka di khalayak ramai sewaktu membuat perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65.
ARTIKEL BERKAITAN : “Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kesal Landskap Di Dataran Merdeka ‘Lunyai’ Dipijak Orang Awam
Bukan itu sahaja, insiden ‘mini love’ si bomba cilik ketika berarak di antas jentera bomba turut mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, kelihatan si comel itu mahu memberikan ‘mini love’ namun dengan tidak sengaja menunjukkan jari tengah kepada pengunjung yang hadir.
Ekoran daripada itu, bapa kepada kanak-kanak tersebut menerusi satu hantaran di Facebook memohon maaf atas kejadian berkenaan dan merayu agar video terbabit dapat diturunkan.
Menurut lelaki tersebut, anaknya itu sebenarnya mahu membuat ‘mini love’, namun sebaliknya telah tersilap menunjukkan jari tengah kepada orang ramai yang hadir pada perarakan tersebut.
“Dia sebagai peminat bomba memang excited sangat dapat terlibat dalam perbarisan kemerdekaan walaupun bangun pada pukul 5 pagi. Dari semalam excited sangat dapat pakai baju bomba.
“Saya memohon 10 jari agar video itu dapat diturunkan agar tidak lagi dikecam dan menjadi asbab masalah psikologi kepada anak saya.
“Mungkin dengan jasa baik sebesar ini ALLAH memuliakan serta menambah rezeki yang nampak dan tidak nampak di mata. Amin ya Rabb,” katanya dalam satu hantaran yang dikongsikan.
Pegawai yang turut sama menyertai perarakan tersebut segera membetulkan jarinya selepas menyedari bahawa kanak-kanak itu secara tersilap mengeluarkan jari tengah.
Aduhai, siannya ‘adik bomba’ ini…
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.