Pelari Kedah, Mohd Arman Rosli meluahkan rasa syukur apabila memenangi pingat emas pada penampilan pertamanya dalam acara 1,500 meter (m) pada Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2024 di Stadium Sarawak pada Isnin.

Lebih menakjubkan atlet Kedah itu mengaku beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman bertanding dan hanya menjalani latihan sebanyak dua kali sebelum ke Bumi Kenyalang selepas dipilih untuk mewakili negeri pada saat akhir.

“Saya menang berkat tolong mak jual kuih di kampung. Pingat ini untuk mak, saya tak pernah lari, tiada pengalaman, berlatih dua kali sahaja sebelum datang sini. Mak kata boleh menang kalau ada rezeki sebab tolong mak, saya tak sangka boleh menang.”

Mohd Arman Bersyukur Berkat Bantu Ibu Jual Kuih Mampu Raih Emas Di Para SUKMA 2024! Tiada Pengalaman Bukan Penghalang!
Kredit: Berita Harian

Pelari yang kini berusia 27 tahun itu menyifatkan kemenangannya itu merupakan ‘berkat’ membantu ibu menjual kuih dan nasi lemak di kampungnya di Sik, Kedah kerana dia sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan di dalam mahupun luar negara.

“Saya nak jadi pomen (mekanik) ada sijil belajar, tapi mak seorang jual sarapan pagi, ayah sudah dua tahun meninggal semasa pandemik Covid-19, jadi saya tolong mak jual kuih,” katanya sambil menahan sebak selepas tamat acara di sini hari ini.

Ads

Terdahulu, Mohd Arman Rosli yang beraksi acara larian jarak sederhana 1,500m kategori T36 (kecacatan fizikal) merangkul pingat emas dengan catatan 6:16.84 saat (s) meninggalkan atlet Perak, Mahfudz Mahzan (6:26.38s) dan pelari tuan rumah, Mohd Hishamudin Razali (7:02.37s).

Sementara itu, Kedah turut mendominasi acara 1,500m lelaki T20 (kecacatan fizikal) menerusi Muhamad Nurdin Ibrahim dengan catatan 4:21.26s sekali gus memecah rekod temasya yang dicipta Muhamad Haqeem Mustaqim dari Perlis pada edisi 2018 di Perak.

Ads

Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Mohd Fakrul Azimi Mohd Sukimi dari Kelantan (6:26.58s) dan Ku Muhammad Danish Syazwan Ku Harmizan dari Selangor (7:33.57s).

Muhamad Nurdin yang merupakan pemenang gangsa di Sukan Para ASEAN di Kemboja tahun lalu berkata berzikir sepanjang larian merupakan rahsia kejayaannya memperoleh emas hari ini.

Ads

“Saya memang tidak berhenti berzikir semasa berlari, saya jaga solat sebab itu merupakan kekuatan kita sebagai seorang Muslim, tapi pelari Kelantan tadi memang hebat, jadi untuk pastikan saya menang saya pecut tadi, sebab itulah saya boleh pecah rekod,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI