Inpirasi

“Saya Menangis… Tapi Tiada Secebis Rasa Menyesal” -Norreen Iman

Share

Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman telah mencuri perhatian warganet apabila dirinya memutuskan untuk berhijab.

Menerusi muat naik dalam Igstory, pelakon drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa itu berkongsi, walaupun berat untuk dirinya meninggalkan penampilan lama, namun itu semua tidak lagi menjadi keutamaannya kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Tampil Ayu Mengenakan Hijab Kembali, Mila Jirin Pula Syukur Akhirnya Dapat Bersua Muka

“Daripada lebih 2000++ hantaran kepada 300++ (post) sahaja. Itu semua terlalu banyak sangat memori.

“Gambar saya, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” ujarnya

Dalam masa sama, Norreen turut mendedahkan dia menangis kerana terpaksa memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung.

Pempengaruh terkenal itu bagaimanapun percaya semua kesedihan tersebut akan berlalu pergi.

“Saya dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan pekerjaan (job).

“Saya menangis semasa melakukan semua itu sebab saya rindu tetapi, tiada secebis rasa menyesal,” coretnya lagi.

Terdahulu, Norreen telah menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej berhijab, baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen menerusi perkongsiannya, pengikut dan kenalan rapat mendoakan ibu kepada dua cahaya mata itu supaya kekal istiqamah dengan penampilan baharunya.

SUMBER FOTO: Instagram Norreen Iman

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath