Situasi yang kini berlaku di Gaza membuatkan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenangkan keselamatan 50 anak angkatnya di Palestin, yang kini berdepan bahaya serangan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis Israel.
Sejak peperangan itu meletus, penyanyi lagu hit Nirmala itu memaklumkan pihaknya terus memantau perkembangan pelajar sekolah Afwa Al Afiyah serta petugas pusat kelolaan Yayasan Nurjiwa itu.
“Pihak kami sedang memantau secara dekat situasi terkini di sana dan mendoakan agar anak-anak ini selamat. Situasi di sana sangat runcing.
“Masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa dan harta benda. Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana. Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah,” katanya di Instagram.
Ads
Selain itu, sekolah kanak-kanak Afwa Al Afiyah yang ditubuhkan menerusi kutipan sumbangan Yayasan Nurjiwa difahamkan antara bangunan yang musnah akibat bedilan tentera Israel.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta orang ramai membantu menyalurkan sumbangan selain mendoakan rakyat Palestin yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka.
Ads
“Sebagai saudara Islam, kita usahakan apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.
“Perkara in juga tidak boleh dipandang sahaja tanpa berbuat apa-ара. Lebih pilu apabila menerima khabar daripada pendidik di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid hancur binasa akibat kebiadaban zionis.
Ads
“Justeru, bagi membantu dan berkongsi rasa kesulitan yang mendalam, Nurjiwa Foundation dengan kerjasama Kita Fund meneruskan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin yang telah dilancarkan sejak tahun 2021,” coretnya lagi.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah meragut ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biskut oreo bukan hanya sedap dimakan begitu sahaja, malah ia juga digunakan sebagai bahan utama untuk membuat kek atau pun aiskrim.
Tidak dinafikan biskut ini menjadi kegemaran bukan hanya kanak-kanak, tetapi turut menjadi pilihan golongan dewasa juga.
Terdapat pelbagai resipi pemanis mulut berasaskan oreo dan kali ini kami ingin kongsikan dengan korang resipi aiskrim roll oreo yang mudah disediakan dengan hanya menggunakan empat bahan.
1. Masukkan air, kiub ais dan whipped cream ke dalam mangkuk, kemudian kacau sehingga lembut
2. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaulkan kesemuanya
3. Pisahkan isi oreo dari biskut dan letakkan krim oreo itu ke dalam adunan. Hancurkan biskut sehingga menjadi serpihan
4. Selepas itu, masukkan separuh daripada serpihan oreo ke dalam adunan dan kemudian tuangkan campuran itu ke dalam bekas keropok Pringles yang telah dibersihkan (atau mana-mana bekas berbentuk silinder) sebelum membekukannya
5. Selepas dibekukan, keluarkan daripada bekas dan celupkan ke dalam serpihan oreo yang tinggal
6. Potong gulungan ais krim itu dan siap untuk dihidang
Cuaca panas sekarang ni memang buat tekak rasa kering dan haus je kan?
Apa kata kita cuba minuman perisa baru daripada kedai kopi terkemuka Starbucks. Fuh, bayangkan nikmatnya bila sampai di tekak tengah panas terik ni…!
Yang menariknya, minuman-minuman yang pastinya ‘menyejukkan’ cuaca panas ini diinspirasikan dari pencuci mulut klasik dan perasa yang disukai anak kecil seperti vanila, strawberi dan juga coklat.
Untuk info, Starbucks Malaysia akan melancarkan beberapa minuman baharu mereka untuk penutup musim panas ini, iaitu Starbucks Neapolitan Frappuccino, Starbucks S’mores Frappuccino, dan Starbucks Chocolate Truffle Nitro Cold Brew.
Difahamkan harga bagi Neapolitan Frappucino dan S’mores Frappucino bermula dari RM20.65 manakala harga Chocolate Truffle Nitro Cold Brew dan Cold Brew pula bermula dari RM 15.90.
Kesemua minuman ini boleh didapati di semua cawangan mereka di seluruh negara mulai hari ini iaitu 27 Julai 2021, hanya dalam tempoh masa dan stok yang terhad.
Namun bagi Chocolate Truffle Nitro Cold Brew pula, ianya hanya akan ditawarkan di cawangan mereka yang terpilih.
Sebelum sampai ke Malaysia, 3 perisa minuman ini mula ditawarkan oleh Starbucks Singapura pada 22 Julai yang lalu.
Lepas minum perisa baru Starbucks ni mesti kita mengimbau kenangan zaman kecil kita dulu kan.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web Starbucks Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rintihan rakyat agar waktu operasi restoran, kafe dan perkhidmatan penghantaran makanan agar ia dilanjut hingga jam 10 malam akhirnya didengari oleh pihak berkuasa.
Dalam sidang media yang dilakukan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau sedar isu ini telah tular di media sosial sejak 4 hari lalu.
Malah, ada juga rakyat yang menghantar komen dan mesej di nombor WhatsApp dan akaun Instagram beliau agar waktu operasi kedai makan dikaji semula.
“Kita faham ramai yang mengatakan terlalu awal (kafe dan restoran) ditutup kerana lewat sampai ke rumah dari tempat kerja. Jadi mereka tidak sempat hendak membeli makanan.
“Kita juga mendengar rintihan daripada peniaga makanan terutamanya peniaga yang popular di waktu malam seperti burger, sate dan sebagainya. Kebanyakan pelanggan mereka mula (datang) selepas waktu Maghrib dan Isya’. Kita dengar dari pandangan pembeli dan peniaga.
“Sehubungan itu selepas mengadakan perbincangan, saya ingin mengumumkan bahawa kami bersetuju melanjutkan operasi kedai makan sehingga jam 10 malam bermula esok (22 Januari).
“Bagaimanapun, dine in atau makan di dalam kedai masih tidak dibenarkan. Peraturan masih kekal untuk makanan hanya dibawa pulang.
“Tempoh masa yang sama juga dibuka kepada food deliver sehingga jam 10 malam,” jelas beliau.
Nasib baiklah ia dikaji semula. Ramai sudah tak larat nak puasa pada sebelah malam, hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...