Mimpi suami meninggal dunia dua minggu lalu ternyata memberi petanda bahawa dia akan kehilangan orang dikasihinya buat selama-lamanya.
Jika dua minggu lalu, saat dia berkongsi mimpi itu dengan suaminya, Mohd Fatah Hashim, suaminya itu hanya tersenyum mendengarnya tanpa mempedulikan mimpi tersebut.
“Saya maklumkan mimpi itu padanya tapi arwah hanya tersenyum. Tak berkata apa pun tentang mimpi sedih itu. Saya jadi tertanya-tanya tentang mimpi itu sehinggalah mendapat jawapannya semalam. Tak sangka ia menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pagi ini.
Arwah sempat balik tengahari itu, jamah kuih sebelum balik semula – Nadia
Penantiannya untuk suami balik selepas habis syif malam sekitar jam 8 malam ternyata menjadi cetik kesedihan berpanjangan buatnya apabila dia dihubungi oleh anggota bomba memaklumkan bahawa suaminya lemas.
Tubuhnya lemah dan kakinya longlai kerana sebelah tengahari ketika kali terakhir bertemu, suaminya memanggil anak-anak dan mahu memeluk mereka seolah-olah ingin memaklumkan bahawa itulah pelukan akhir kasih sayang seorang ayah.
Ads
Tapi hari ini, Nadia Kamaludin harus menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan suami buat selama-lamanya. Suaminya, allahyarham Mohd Fatah yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Pelabuhan Klang dianggap sebagai wira negara apabila arwah bersama lima lagi rakannya meninggal dunia dalam satu operasi menyelamat seorang remaja di lombong di Putra Perdana Puchong semalam.
Foto keluarga yang menjadi kenangan
Berkongsi kesedihan yang sukar dimengertikan, Nadia yang tidak bekerja dan hanya berjualan kuih secara kecil-kecilan berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya sebelah tengahari tersebut.
“Suami sempat menjamah kuih yang saya sediakan. Tak sangka itu kali terakhir bertemu,”katanya yang terus menitiskan air mata. Dua anak kecil, Nor Medina Aisya, 3 dan Muhammad Meka Al Asyraf, dua tahun menjadi tanda bukti cintanya dan Nadia harus menerima hakikat bahawa dia sudah kehilangan suaminya sampai bila-bila.
Ads
Tambah Nadia lagi, malam sebelum itu suaminya mengalami sakit perut dan hanya mampu terbaring.
“Arwah suami masuk tidur awal. Dia tak banyak cakap pun,” katanya begitu sedih. Dalam pada itu, seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan, arwah nampak lebih senyap berbanding sikapnya yang ceria.
“Masa kenduri pun arwah nampak diam, tak banyak cakap macam biasa. Memang nampak ketara perubahan sikapnya,” katanya memaklumkan.
Ads
Baru berkahwin tujuh tahun lalu, arwah suaminya sudah hampir lapan tahun bertugas di unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Menjelaskan lagi, kata Nadia dia mendapat panggilan dari pihak bomba memaklumkan suaminya mati lemas sebelum pegawai mengambilnya di rumah untuk dibawa ke hospital Serdang untuk pengecaman mayat.
Inilah 6 wira negara yang terkorban ketika operasi menyelamat seorang remaja yang lemas di lombong Taman Putra PerdanaDi lokasi inilah nyawa 6 anggota bomba menjadi taruhan
Tragedi yang menimpa enam anggota bomba yang lemas ini merupakan kejadian pertama seumpamanya dan ia menjadi sejarah buat Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ketika upacara solat jenazah diadakan pelajar yang mati lemas di lombong di Puchong ini masih belum lagi ditemui.
Tular di media sosial bagaimana kesemua anggota bomba ini berusaha menyelamatkan diri tetapi masing-masing terperangkap selepas tali yang mengikat di tubuh terbelit antara satu sama lain selepas seorang anggota bomba tergelincir ketika operasi mencari remaja tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Assistant Commissioner Arifai Tarawe memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan oleh pegawai keselamatan sebuah sekolah menengah di Rawang yang disyakai telah diceroboh masuk.
Pengawal keselamatan tersebut menemui pagar jeriji dan pintu koperasi sekolah terbuka ketika melakukan rondaan sekitar jam 12 tengah malam, Isnin lalu.
Lalu apabila menerima maklumat tersebut, sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Kundang telah melakukan serbuan dan akhirnya Berjaya menahan 3 orang pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 16 tahun di sekitar Rawang, awal pagi tadi.
Mereka disyaki memecah masuk ke koperasi dan mencuri wang tunai sebanyak RM3,000.
Kesemua suspek direman selama 4 hari sehingga 28 Mac kelak untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.
*
Kerajaan perintah orang awam untuk duduk di rumah, dia pergi mencuri pula. Cubalah buat benda yang berfaedah sedikit, seperti rider makanan ini.
Jika anda familiar dengan dunia penyiaran Singapura, terutamanya mereka yang tinggal di Johor Bahru dan mendapat capaian siaran televisyen dari negara itu, pasti kenal benar dengan sosok penyiar yang cukup berkarisma, Riz Sunawan.
Riz atau nama sebenarnya Mohd Asri bin Sunawan, 45, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini kira-kira jam 10.46 pagi. Kematiannya itu disahkan sendiri oleh adiknya, Linda Sunawan yang berkongsi berita kematian abangnya itu kepada wartawan.
Selain terkenal bergelar seorang pembaca berita di saluran Bahasa Melayu Media Corp dan juga penyampai radio Warna 94.2fm, allahyarham juga merupakan seorang penerbit dan penulis buku.
Allahyarham Riz Sunawan mula didiagnos menghidap penyakit motor Neuron (MND) yang merupakan sejenis penyakit saraf pada tahun 2018. Akibat penyakit tersebut allahyarham menjadi lumpuh hari demi hari dan turut menjejaskan pita suaranya.
Kematiannya mendapat perhatian Presiden Singapura, Halimah Yaacub yang kagum dengan usaha Allahyarham yang tidak jemu memperjuangkan Bahasa Melayu. “Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu melalui penglibatannya dengan Majlis Bahasa Singapura,” ujar beliau dalam satu hantaran di laman Facebook.
Selain itu Halimah turut menyatakan rasa bangganya keran sempat mengenali allahyarham yang sangat positif dan merupakan suara yang memperjuangkan hak golongan kurang upaya.
Kongsinya lagi, “Allahyarham juga penyokong kuat golongan kurang upaya dan telah membantu menubuhkan Persatuan Penyakit Saraf Motor Singapura (MNDa). Saya bertemu Allahyarham tahun lalu apabila MNDa mengadakan kunjungan ke Istana dan semasa majlis pelancaran buku tulisannya yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit yang dialaminya.”
Semoga roh Allahyarham Riz Sunawan di tempatkan bersama orang-orang beriman, Amin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia memang terkenal dengan negara yang berbilang bangsa dan majmuk. Tapi sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu sensitif yang melibatkan perkauman berlaku sehingga mampu menebalkan rasa benci dan hilangkan perasaan sayangkan kepelbagaian masyarakat di malaysia.
Memetik laporan dari Astro Awani, penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mula membuka mulut dan mengingatkan kerajaan bahawa jika isu-isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia.
Hussamuddin dalam kenyataannya kepada akhbar ini di Shah Alam semalam menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf menggesa sesuatu yang drastik dilakukan oleh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri-menteri Kabinet bagi menangani masalah tersebut.
Jika perlu, kata beliau, mana-mana akhbar dan portal yang mengapi-apikan isu-isu perkauman perlu ditutup.
Bagus kata-kata Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, yelah semua kita semua sayangkan negara kita. Moga Malaysia terus harmoni dan sejahtera hendaknya!
Sumber : Youtube Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...