Ucapan sulung Perdana Menteri Interim Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad pada petang tadi telah diikuti rapat oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ini merupakan perucapan pertama beliau setelah kesemua parti politik utama di Malaysia mengadakan sidang media sepanjang 2 hari yang lepas.
Dalam ucapan Tun M tersebut, beliau menjelaskan mengapa beliau meletakkan jawatan kelmarin, beliau menolok UMNO sebagai parti memerintah dan permohonan maaf oleh beliau sebanyak 2 kali kepada semua rakyat Malaysia.
01
Ingin Mohon Maaf
‘Pertama sekali, izinkan saya untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik yang kucar-kacir ini menimbulkan keresahan di kalangan tuan-tuan dan puan-puan.”
02
Gila Kuasa
“Terdapat juga tuduhan yang berkata saya tidak berniat untuk melepas jawatan. Jadi saya meletak jawatan kerana saya tidak melihat jawatan itu adalah matlamat saya.”
03
Fungsi Kuasa
Ads
“Bagi saya, kuasa dan kedudukan adalah satu alat untuk mencapai objektif untuk kebaikan negara.
“Kerana itu saya meletak jawatan kerana saya lihat (sekarang) bagi orang politik, yang penting (bagi mereka) adalah parti mana yang memerintah. Sebenarnya saya telah meletak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat untuk menentukan siapakah yang akan menggantikan saya.”
04
Tetapi Akan Kembali
“Jika benar saya masih disokong, saya akan kembali.
“Jika tidak (disokong) saya akan terima siapa saja yang dipilih. Pertukaran kepimpinan itu memang ada. Hanya saya berpendapat apabila saya disokong oleh kedua-dua pihak, saya melihat masa untuk saya letak jawatan belum tiba.”
05
Jika UMNO Jadi Kerajaan..
“Parti saya BERSATU putuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan. Ahli komponen lain juga keluar (dari Pakatan Harapan). Perlakuan ini memaksa kerajaan sekarang gugur.
Ads
“Jika BERSATU menyokong PAS dan UMNO, UMNO yang akan menjadi majoriti kerajaan kerana ia parti terbesar.”
06
Okay Jika Ahli UMNO Masuk Parti Lain, Bukannya..
“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar dan sertai parti lain. Tetapi jika UMNO sertai kerajaan baru ini sebagai parti UMNO, saya terpaksa letak jawatan (kerana tidak bersetuju).”
07
Sekali Lagi Mohon Maaf
“Sebagai manusia biasa, saya tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Saya pohon maaf jika perletakan jawatan saya adalah salah.
“Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan disokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanya lakukan sesuatu untuk kebaikan negara.”
Ads
08
Tidak Memihak Sesiapa
“Jika dibenarkan, saya ingin adakan pemerintahan yang tidak memihak pada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara saja yang akan diutamakan. Saya berdoa saya diberi petunjuk dalam usaha ini.”
REMAJA pasti ramai yang sedang musykil dan gusar dengan keadaan politik negara sekarang. Tambahan pula apabila keadaan sedang dalam keadaan yang tidak stabil dari segi kewangan, kesihatan dan ekonomi.
Apapun, kita doakan agar kemelut ini dapat diselesaikan DEMI KEBAIKAN NEGARA DAN RAKYAT. Bukan hanya untuk menjaga kepentingan POLITIK dan AGENDA PERIBADI PEMIMPIN.
Rupa paras yang menawan dan tampan semestinya menjadi idaman setiap insan dan salah seorang figura yang sering dipuji dek kerana rupa parasnya ialah ahli kumpulan BTS, Jimin.
Bahkan beliau pernah menduduki tempat ke-35 dalam senarai ‘100 Wajah Paling Kacak 2022’ yang dikeluarkan oleh TC Candler.
Maka tidak hairanlah apabila ada peminat yang sanggup mengeringkan dompet mereka demi kelihatan seperti idola tersebut menerusi jalan singkat seperti pembedahan kosmetik.
Colluci dikatakan ingin merubah mukanya agar mudah diterima oleh penonton drama Korea.
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang pelakon Kanada bernama Saint Von Colucci dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik untuk menyerupai penyanyi BTS Jimin.
Menurut laporan daripada MailOnline, pelakon itu dikatakan telah meninggal dunia selepas mengalami komplikasi daripada salah satu pembedahan kosmetik tersebut.
Dari kiri, terdapat perubahan drastik terhadap muka pelakon Kanada ini dek kerana sering menjalani pembedahan kosmetik.
Dilaporkan juga pada malam Sabtu lepas, pelakon itu menjalani pembedahan di salah sebuah hospital di Korea Selatan untuk mengeluarkan implan rahang yang telah dimasukkannya pada November lepas meskipun telah dimaklumkan akan risiko tinggi pembedahan tersebut.
Malang tidak berbau apabila beliau dikatakan terkena jangkitan dari implant tersebut yang akhirnya membawa maut.
Ketampanan ahli BTS ini juga sering melariskan sebarang jualan produk kosmetik mahupun penjagaan kulit yang digunakannya.
Antara pembedahan lain yang dilaporkan telah dijalankan oleh peminat ahli BTS itu ialah operasi hidung, mata, kening dan bibir yang hampit mencecah $220,000.
Sekadar info, Colucci dikatakan telah berpindah ke Korea Selatan dari Kanada pada 2019 untuk meneruskan kerjaya dalam industri muzik. Tahun lalu, dia dilaporkan turut berlakon dalam drama bersiri Korea Pretty Lies (Cogimar), yang menjalani penggambaran dari bulan Jun hingga Disember.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Yahoo, The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambut mahkota wanita. Buat gadis yang cukup berani, apa kata cuba trend rambut 2018 yang bakal membuat gadis kelihatan jelita. Mungkin ada sebahagiannya nampak pelik tetapi buat korang yang berani, tak salahkan.
Mana tahu, diri terasa lebih bebas dengan gaya sebegini.Kalau pun anda bertudung, jangan malu untuk mencubanya. Biarlah anda bergaya di rumah, tak salah untuk tampil berani.
Kerinting
Bukan semua rambut kerinting teruk tetapi gaya ini boleh dicuba. Tampil dengan kerinting lebih besar, anda akan tampil begitu bergaya. Bayangkan, duduk bersantai sambil bergelak ketawa dengan gaya berani ini.
Dirty Blond
Bagi yang lebih berani, warnakan kepada dirty blond. Trend ini sudah dicuba oleh Selena Gomez hingga ke Lily Collins, semua tampil selamba namun cantik. Pastikan rambut anda panjang, beralun cantik dan gaya ini baru sesuai diwarnakan.
Big & Bouncy
Gaya ini telah dipilih memenangi dalam satu pertunjukan fesyen. Malah ramai selebriti menyukainya. Nampak lebih “uncook”, berkilat, kelihatan glamor dan tampil begitu bergaya.
Headscarves
Mungkin nampak seperti nenek chic tetapi trend bertudung ini memang betul-betul buat gadis yang berani. Bayangkan anda berjalan melintasi orang ramai dan menjadi tumpuan mata memandang. Apa yang pasti, tudung jenis sutera ini buat anda kelihatan berbeza.
Undone Wet Look Hair
Gaya rambut seperti kelihatan basah ini bukan baru tetapi dijangka mendapat perhatian ramai gadis pada tahun 2018. Kelihatan seperti diikat kerana teksturnya sebegitu tetapi ia bukan sebegitu. Tak salah untuk mencuba bagi yang beranikan!
Scrunchies
Kembali ke tahun 90-an. Itu mungkin tanggapan pertama kita. Ya gaya rambut Scrunchies kembali lagi dan ucapan terima kasih harus ditujukan buat Mansur Gavriel. Gaya seperti ekor kuda ini sangat senang dan ringkas dan buat yang mencuba, yakin pada diri ok.
School Girl Plaits
Zaman kecil-kecil dahulu, gaya bertocang ini wajib dibuat. Maklumlah, bila ke sekolah, semuanya mesti nampak kemas. Bertocang juga tak lama bagi yang sudah biasa. Dikatakan trend ini bakal menjadi ikutan anda kelihatan kiut.
Hairbands
Gaya ini sering diguna pakai pada anak kecil yang belum tumbuh rambut. Maklumlah, mak-mak nak nampak anaknya perempuan, bukan lelaki. Tetapi trend hairbands ini sesuatu yang bagus untuk dicuba. Lebih senang dan ringkaskan. Ambil saja hairbands, angkat handbag, boleh bergaya penuh berani.
Silver Hair
Pastikan jika memilih warna ini, pewarnanya halal ya dan boleh dibuat solat. Nampak lebih bergaya kerana kemasannya begitu berkilat dan gaya ini menjadikan anda tumpuan ramai kerana gaya ini tampil superb.
Bobs Dengan Fringes
Salah satu trend scarier untuk dicuba pada 2018. Anda akan kelihatan bobs dengan gaya ini. Muka bulat sesuai ke? Jangan risau kerana ia sesuai tapi kalau boleh jangan tebalkan di bahagian tepi. Ia kelihatan lebih santai dan selesa bagi yang berani.
Barrettes
Ada sapa-sapa yang berani? Tak kisah mencuba kerana gaya rambut boleh ditukar pada bila-bila masakan.
Flyaway Fringes
Berani nak cuba gaya ini? Jennifer Lawrance sudah melakukannya. Tak ada yang aneh kerana gaya rambut boleh dicuba oleh gadis yang berani.
Sumber :- Elle Uk.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mencari cinta adalah satu perkara subjektif, ada yang bertemu jodoh dengan kenalan sendiri ada juga yang menggunakan perkhidmatan laman bertemu jodoh. Apa sahaja cara tidak salah asalkan niatnya betul.
Namun ada satu perkara yang ditakuti pemuda pemudi masa kini. Jodoh yang diatur keluarga! Inilah yang terjadi kepada soerang pemuda berusia 29 tahun yang berasal dari London. Muhammad Malik mengambil pendekatan tersendiri akibat tidak mahu jodoh yang dipilih oleh keluarganya.
Caranya memang cukup berbeza dan menggunakan pemikiran di luar kotak! Dia mengiklankan dirinya sendiri di papan iklan siap dengan gambarnya yang berbaring sambil tersenyum.
Menjadikan iklannya itu lebih menarik, mesej yang digunakan cukup berterus terang. “Selamatkan saya daripada perkahwinan yang diaturkan,” ujarnya dalam papan iklan itu. Di samping mesej itu turut disertakan adalah laman sesawang dengan alamat findmalikawife.com bagi memudahkan mana-mana wanita untuk menghubunginya.
Dalam laman sesawang itu pemuda itu berkata yang dia merupakan seorang usahawan, penggemar makanan dan beragama.
Menerangkan mengapa dia memilih cara tersebut bagi mencari jodoh, Malik menyatakan di dalam video tersebut yang dia belum berjumpa dengan wanita yang sesuai. “Saya masih belum menemui gadis yang sesuai. Ia sukar di luar sana. Saya terpaksa mendapatkan papan iklan untuk dilihat!” ujarnya.
Tambahnya lagi mengenai kriteria isteri yang dicari, “Pasangan ideal saya mestilah wanita Muslim yang berusia 20an yang juga berusaha untuk memperbaiki deennya. Saya juga terbuka dengan gadis dari etnik mana sekalipun, tetapi mereka harus tahu yang saya dibesarkan dalam keluarga Punjabi yang amat tegar.”
Malik menjelaskan bahawa dia tidak menentang perkahwinan yang diatur. Dia memberitahu pengunjung laman seswangnya bahawa dia berpendapat perkahwinan yang diatur mempunyai tempat dan tradisi dalam banyak budaya Islam, namun dia mahu mencari jodohnya dengan sendiri dahulu.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...