Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong terpaksa dikejarkan ke hospital di Switzerland apabila mengalami keracunan makanan, sebaik sahaja tiba di negara tersebut.
Menurut Alvin, dia memaklumkan dirinya mula rasa tidak selesa sewaktu transit di Bangkok, Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kesempurnaan Memerlukan Praktik, Bukan Sekadar Teori..” Kebolehan Berbahasa Melayu Jadikan Kimberly Chuah UNIK
“Saya mula rasa tidak berapa sihat ketika transit di Bangkok. “Selepas itu, semasa penerbangan ke swizz, saya mengalami muntah teruk di tempat duduk kapal terbang itu,” katanya.
Pada masa sama, pelakon naskhah popular Takdir Yang Tertulis itu berkongsi dirinya lantas mendapatkan rawatan sejurus sahaja sampai di Switzerland.
Alvin bagaimanapun memberitahu keadaannya kini semakin pulih selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.
“Ketika kami mendarat, saya terus bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Saya juga melakukan ujian darah, ‘drip’ serta mendapatkan suntikan oleh petugas kesihatan di sana,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Alvin terbang ke Switzerland bagi pengambaran musik video yang bakal dilancarkan pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Alvin Chong