Usaha pasti tidak mengkhianati hasil…
Terbaharu, Jaguh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jumari dinobatkan sebagai Ikon Sukan Terbaik pada majlis Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AISHM) yang diadakan pada Ahad.
Acara itu disiarkan secara langsung di TV9 dan Youtube TV9 dari Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Bukan itu sahaja, Al-Jufferi yang secara rasmi bersara dari pentas silat turut meraih kemenangan bagi kategori Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru.
ARTIKEL BERKAITAN: 4 Kali Bergelar Juara Dunia, Al Jufferi Akhirnya Umum Bersara Dari Pentas Silat
Menurut atlet berusia 31 tahun itu, dia berterima kasih kepada Harian Metro dan penaja-penaja AIS yang menghargai jasa dan pengorbanannya sepanjang berkecimpung selama 15 tahun dalam arena silat negara.
“Terima kasih kepada Harian Metro dan juga penaja-penaja yang ada kerana menghargai pengorbanan saya selama 15 tahun di dalam arena sukan silat.
“Saya bukan sekadar atlet untuk memenangi pingat emas akan tetapi saya nak angkat martabat silat ini ke persada dunia, ujarnya.
Kejayaan itu menyaksikan Al-Jufferi membawa pulang sebuah kereta elektrik jenama Appollen A1 (hatchback 5 pintu) bernilai RM136,000, wang tunai RM5,000, sebuah trofi dan langganan percuma akhbar digital HM selama setahun.
Untuk rekod, Al Jufferi meraih gelaran dunia keempatnya selepas menewaskan labal Chandra Pratama dari Indonesia dengan keputusan 35-21 dalam perlawanan akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19.
Pada temasya Sukan SEA pula, Mond. Al Jufferi merangkul empat pingat emas di Indonesia (2011), Myanmar (2013), SIngapura (2016) serta Kuala Lumpur (2017).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Harian Metro& Jufferi Jamali