Kecantikan itu adalah satu perkara yang subjektif.
Namun apabila seseorang insan itu memilih untuk menyertai indusri seni hiburan dan bergelar seorang penghibur tidak kiralah dalam bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan atau yang seiring dengannya.
Isu paras rupa malangnya ada membelungi program nyanyian realiti, Big Stage 2023 dan antara yang terkesan dengan komen-komen berbaur negatif mengenai paras rupa ialah salah seorang finalis akhirnya, Nadeera Zaini.
Malam ini, sesudah selesai mempersembahkan pusing pertama dengan lagu Never Enough nyanyian asal Loren Allred, juri tetapnya iaitu Ajai menyentuh mengenai isu tersebut dan tampil mempertahankan Nadeera daripada herdikan netizen di media sosial.
“Saya tak nak sentuh sangat mengenai vokal kerana kita tahu awak ada dan ia pemberian Tuhan.
“Tapi saya nak babap diapa yang cakap awak tak cantik tu,” ulasnya lalu menerima tepukan gemuruh penonton di auditorium MBSA. Pada masa yang sama, Nadeera juga dilihat terus menjadi sebak. Jelas, penyanyi bersuara lantang itu pernah terkesan dengan komen-komen yang mempersoalkan kecantikannya..
“Jangan sesekali kita rendahkan sesiapa kerana semuanya adalah pemberian daripada Allah,” simpul Ajai.
Rata-rata komen di hantaran terbaru Instagram Nadeera memuji kecantikan beliau dan memohon agar penyanyi itu tidak terganggu dengan komen sedemikian.
“Powerful vocalist & beautiful !! Congrats Nadeera.”
“Jadikan kecaman sampai jadi juara, go Nad.”
“Fly high nadeera, jgn kesah ape org ckp kt you. Beauty does not hinder your career.”
“Kak Nad buat I nangis”
ARTIKEL BERKAITAN: Siapakah Bakal Juara Big Stage Musim Kelima? Antara’Favourite’ Ialah Waode, Nadeera Dan.. – REMAJA
Terdahulu, Nadeera memungut markah yang cukup tinggi; iaitu 98 daripada Aina Abdul dan 96 daripada Ajai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.