Pelakon meningkat naik, Mierul Aiman mendedahkan hasrat besarnya untuk meluaskan karier seninya dalam nusantara, terutama jika diberi peluang untuk terbang ke negara jiran, Indonesia.
Selain itu, juara Hero Remaja 2021 itu ingin mencabar dirinya untuk membawa karakter yang memainkan dialek dan etika setiap negeri di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Segak Berjubah Konvokesyen, Mierul Aiman Berjaya Genggam Ijazah Kejuruteraan
“Tidak jauh, saya nak bermain dalam nusantara, Indonesia. Tidak pun, cukup dalam negeri-negeri di Malaysia.
“Itu bagi saya dah cukup kuat dan kukuh untuk memainkan watak seperti orang Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka. Cukuplah dengan negeri itu.
“Sangat sukar sebenarnya iaitu watak-watak yang tulen kesusahannya itu. Hendak menggunakan dialek, mempelajari etika mereka. Kerana etika setiap negeri adalah berbeza,” katanya kepada Remaja.
Ujar pelakon naskhah hit Projek: High Council itu lagi, sebagai seorang pelakon yang memiliki tahap tersendiri dalam industri seni tanah air, dia percaya setiap proses yang dilaluinya selama ini akan berbayar pada masa yang tepat.
“Kalau kita dapat teroka setiap negeri di Malaysia dan pergi ke luar negara pun lagi menarik. Jadi, saya percaya dengan masa, proses dan progres.
“Selain saya percaya dengan setiap proses yang saya lalui ini, bukan untuk saya menuntut kejayaan tetapi untuk menuntut pembelajaran,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mierul Aiman.