Gaya Hidup

“Saya Nak Keluar Dari Zon Selesa” Onew SHINee Cabar Diri Jadi Lebih Baik Selepas Keluar Dari SM Entertainment

Share

Penyanyi, Onew SHINee baru-baru ini menyuarakan tentang alasan keputusannya untuk berpisah dengan SM Entertainment selepas 17 tahun bernaung di bawah agensi K-Pop terkenal itu. 

Onew atau nama sebenar Lee Jin Ki (35) mengungkapkan bahawa dia telah lama berjuang melawan tekanan untuk tampil di hadapan penonton tetapi perubahan perspektif mendorongnya untuk mencari peluang baru.

Ketua kumpulan SHINee itu juga meluahkan keinginannya untuk berhubung dengan lebih ramai orang dan mahu menggunakan pengaruhnya sebagai pemyanyi idola K-Pop untuk memberi lebih banyak impak positif sama ada dalam hal besar mahupun kecil.

Beliau yang juga mengakui ketidak sempurnaan dalam dirinya juga menyatakan bahawa dia mahu fokus untuk memberikan yang terbaik dalam aktiviti solo pada masa akan datang.

“Saya mengubah pola pemikiran dan mula berfikir untuk berjumpa dengan lebih ramai orang, mahu berbahagi suara, dan memberikan impak positif meskipun hanya sedikit. Walaupun saya tidaklah sempurna mana, tapi saya mahu tampil dan berikan yang terbaik dalam banyak hal”

Selepas meninggalkan SM Entertainment, Onew menandatangani kontrak eksklusif bersama agensi yang baru dibangunkan, Griffin Entertainment. 

Dalam pada itu, mengenai alasan penyanyi itu keluar dari agensi lamanya, Onew mengatakan disebabkan dia berada di SM terlalu lama, hal itu membuatkan dirinya merasa ‘terlalu selesa’.

“Setelah berada di bawah agensi hebat terlalu lama, sejujurnya saya mula rasa terlalu nyaman. Jadi sebab itu saya memutuskan untuk mencabar diri sendiri dan mahu lihat apa lagi yang boleh saya lakukan. Jadi sekarang ada dalam tiga hingga empat bulan sejak saya keluar SM,” katanya.

Sementara itu, Onew juga menyakinkan para peminat bahawa dia bersama SHINee akan kekal sebagai satu kumpulan walaupun buat sementara waktu dia aktif secara solo.

Dalam perkembangan terkini, Onew akan kembali dengan album baru berjudul ‘Flow’ yang akan dilancarkan pada 3 September ini. Terbaru dia turut memuat naik foto konsep album iaitu ‘Thursday-Urban Interlude, Saturday-Behind Closed Doors’ dan ‘Sunday-Serene Repose, Lights Out’.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE