Melalui temuramah lebih 20 minit semalam di segmen Facebook Live Hot FM, Haqiem Rusli telah mendapat peluangnya untuk memperbetulkan keadaan selepas dia dikecam dengan isu ‘depresi’
Namun, lain pula jadinya. Ingatkan keadaan yang keruh boleh bertukar jernih. Dengan kehadiran tiga rakan penyanyi dalam temu ramah itu iaitu Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari, nampaknya Haqiem seakan-akan ‘menggali kubur’ sendiri apabila mereka bertiga mendakwa seperti dipergunakan semalam.
Ketiga-tiganya tak berselindung sebaliknya terang-terangan menyatakan pendapat masing-masing berkenaan isu dipergunakan ini. Ernie menerusi komen di Instagram terasa diperbodohkan selepas dia tidak tahu-menahu mengenai motif dia dijemput semalam bagi segmen itu. Ernie pada awalnya menganggap Hot FM menjemput dia ke konti bagi mempromosikan single Misteri.
Selepas terpaksa duduk selama 20 minit bersama Haqiem dan 2 lagi penyanyi lain, Ernie terus memuat naik rasa berangnya kepada pihak berkenaan yang tak menjelaskan perkara sebenar kepadanya.
“Saya marah pada pihak yang tahu tentang perkara ini. Saya tak tahu sama ada FMC (syarikat naungan Haqiem) atau Hot FM dah lama rancang atau mungkin ada niat tak nak beritahu kami bertiga.
“Tak logik FMC tak tahu kerana selalunya pihak stesen radio pasti telah jelaskan tujuan mereka panggil saya datang,” katanya panjang lebar.
Ernie juga meluahkan rasa sedih kerana terasa seperti dipergunakan Haqiem, tambahan pula Ernie adalah antara rakan selebriti yang memberi kata semangat dalam tempoh ‘Haqiem ingin berhenti’ daripada menjadi seorang penyanyi.
“Pelan gimik kemurungan dan nak berhenti (daripada menyanyi) ini memang saya tak tahu dari awal. Apa yang buat saya sedih adalah mengapa perlu gunakan saya untuk pelan dia.
“Kalau awak nak buat gimik atau sesuatu pada karier sendiri, buatlah. Bagi saya, (ia) sangat kejam dan tak baik melibatkan orang lain dalam hal kamu,” terangnya kepada rakan media di mStar Online.
BACA: “Ini Bukan Gimik” – Haqiem Rusli Buat Comeback Selepas Tak Jadi Bersara.
Selebriti Sama Pendapat Dengan Ernie
Sementara itu, beberapa orang selebriti termasuklah Wany Hasrita dan Ara Johari yang ada bersama Ernie Zakri semalam memberikan sokongan kepadanya yang turut merasakan semua ini tidak perlu berlaku. Dan dia tak perlu dipergunakan untuk kepentingan orang lain.
Soal kemurungan baginya bukanlah sesuatu yang boleh dibawa main dan sangat kbudak-budakkan jika semua ini dirancang. Sememangnya kami sendiri tahu betapa seriusnya Ernie memandang isu ini kerana dia sendiri memilih untuk memaparkan kisah penyakit mental dalam klip video terbarunya, Misteri.
“Tak ramai yang ketengahkan masalah ini kepada umum. Kebetulan pula liriknya mempunyai makna lebih kurang sama dengan isu kecelaruan identiti iaitu satu bentuk penyakit mental,” kata Ernie lagi dalam isu terbaru Majalah Remaja Julai ini.
Untuk tahu mengapa Ernie Zakri diangkat sebagai ikon Girl Power Remaja untuk bulan Julai ini, dapatkan Majalah Remaja korang hari ini okay!