Anak kepada jutawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah El Zahra, baru-baru ini telah melancarkan lagu raya bersama tiga penyanyi lain iaitu Alyssa Dezek, Ara Aziz, dan Cik B, yang berjudul Raya Gen Z.
Namun, Qadejah mengakui merasa tercabar dengan tindakan bapanya yang turut mengeluarkan lagu raya berjudul Raya Ya Ya bersama penyanyi Iman Troye.
ARTIKEL BERKAITAN: “Fatima Hafal Semua Lagu Saya & Dia Suka Berlakon..” -Nur Fazura
Menurut Qadejah, persaingan ini secara tidak langsung dapat memberi peluang positif untuknya terus memajukan diri dalam industri muzik.
“Saya rasa tercabar, tetapi persaingan adalah benda yang baik sebab akan buatkan kita untuk sentiasa memajukan diri,” katanya kepada Remaja.
Lebih menarik lagi, Qadejah mendedahkan bahawa kedua-dua lagu tersebut kebetulan siap pada hari yang sama.
“Abah ada keluar lagu Raya Ya Ya dan lagunya siap pada hari yang sama dengan lagu raya saya, Raya Gen Z.
“Kami sekeluarga memang akan makan bersama. Jadi, di meja makan, kami pandang satu sama lain dan bertanya mengenai lagu masing-masing. Kemudian, kami perdengarkan.
“Saya rasa, lagu saya lebih sedap sebab saya tak faham lagu abah,” tuturnya lagi.
Terdahulu, lagu Raya Gen Z mendapat pelbagai kritikan kurang enak dari netizen. Namun, Qadejah melihat kritikan tersebut sebagai peluang untuk dirinya memperbaiki kekurangan.
“Hentaman untuk lagu kami, saya rasa adalah benda yang baik juga sebab ia akan bawa kami menjadi orang yang lebih baik.
“Setiap kritikan yang diberikan, akan saya gunakan untuk perbaiki diri,” jelasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.