Bukan mudah sebenarnya apabila seseorang itu bergelar anak kepada seorang selebriti tempatan. Apa saja gerak-geri, tingkah-laku, tutur kata malah cara pemakaian pasti akan ‘diteropong’ khalayak semudah memasuki akaun media sosial mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Bakal Lawyer, Anak Kembar Azhar Sulaiman Dapat 7A Dalam SPM! – REMAJA
Menginjak ke usia 21 tahun, mungkin itulah yang dialami oleh Kasih Leona Iris. Normal lah bagi remaja sebaya dengan anak kepada arkitek serta pelakon popular, Azhar Sulaiman ini untuk mengekplorasi setiap sudut kehidupan pada usia ini.
Terbaru, Leona menerusi laman Twitter miliknya, meluahkan rasa sakit hati apabila dia sering menjadi sasaran serangan netizen, sehingga pakaiannya pun dijadikan isu.
“Apa saya pakai, tak beri kesan kepada sesiapa. Ini badan saya, ini pilihan saya, ini masalah saya dan tak ada kaitan dengan anda semua!
“Kalau anda tak suka apa yang anda lihat, jangan lihat! Sekat sahaja saya,” tulisnya di Twitter.
Barangkali sudah ‘penat’ dengan karenah anak perempuannya itu, Azhar Sulaiman tampil memuat naik status di Facebook meluahkan rasa bimbang.
Melihat dari status tersebut, Azhar memberitahu bahawa setiap orang ada hari ‘bodohnya’, namun buat Leona, dia bimbang jika anaknya sejenis ‘bodoh’ setiap masa kerana tidak henti membuat hal.”
“Ada orang, ada hari ‘bodoh’ dia. Sekarang, saya risau kalau anak saya, Leona ini, jenis yang ‘bodoh’ setiap hari,” tulisnya.
Sebelum ini, Azhar pernah menitip beberapa nasihat buat Leona supaya lebih bijak berkongsi apa-apa jenis kandungan memandnagkan pengikut alam mayanya majoriti beragama Islam.
Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan gaya hidupnya sebagai rujukan untuk Leona supaya menjadi lebih berhati-hati kelak. Malah, Azhar sempat berseloroh kepada Leona supaya merahsiakan perkara tersebut daripada ibunya.
Terdahulu, Leona menjadi bualan hangat ramai di media sosial selepas tampil dengan berbikini putih malah, baru-baru ini juga hadir ke majlis universitinya dengan gaya mencolok mata.
Untuk pengetahuan, Azhar memiliki dua lagi cahaya mata yang kian dewasa. Kembar Kasih Leona iaitu Andika Rees Pahamin telahpun bekerja di sebuah syarikat guaman maritim dan turut aktif mewakili Malaysia dalam bidang sukan.
Manakala kakak Kasih Leona dan Rees iaitu Kasih Leia Ixora pula telahpun menamatkan pengajian dan kini bercita-cita ingin menjadi seorang ahli politik.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Lelaki Azhar Sulaiman Wakili Pasukan Hoki Ais Malaysia Ke Luar Negara – REMAJA
Sumber: Facebook @Azhar Sulaiman
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.