Pertumpahan darah yang kian melarat di bumi Palestin bukan sahaja mengakibatkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh negara, namun turut menyentuh emosi dan jiwa setiap mata yang memandang.
ARTIKEL BERKAITAN: Nama Siti Hariesa Tular Selepas Zul Ariffin Muat Naik Klip Panas
Pelakon dan model Malaysia, Siti Hariesa antara individu yang turut terkesan dengan situasi menegangkan tersebut.
“Kita semua maklum dengan situasi yang sedang terjadi di bumi Palestin dan sejujurnya dari awal lagi hati saya sentiasa memihak kepada saudara Islam kita di sana.
“Tapi saya tidak tunjuk sepenuhnya bagaimana saya menyokong Palestin secara detail di media sosial,” jelasnya.
Menurut pelakon berusia 25 tahun itu, dia tidak perlu menunjukkan usaha dan sokongannya selama ini kepada dunia atau warganet.
“Setiap hari video anak-anak Palestin yang syahid atau menjadi yatim piatu dalam masa semalaman lalu di FY
P saya..dan sejujurnya saya sampai menangis melihat nasib mereka di sana.“Namun apa yang mampu kita buat hanyalah menderma semampu yang boleh dan banyakkan berdoa agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan,” komennya lagi.
Untuk pengetahuan, Hariesa dicungkil menerusi DFKL 2019 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Life Lila dan Pink Smile; kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3. Menariknya, raut wajah Hariesa selalu dikatakan mirip seorang lagi pendatang baharu, Siti Khadijah Halim oleh peminatnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Berita Harian, Hollywood News