“Saya Sukakan Kuala Lumpur” Dua Lipa Pilih Malaysia Antara Negara Paling Menarik Pernah Dilawati

Share

Malaysia sememangnya merupakan sebuah destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang menjanjikan pengalaman luar biasa kepada pengunjungnya, sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Baru-baru ini, pelantun lagu Levitating dan ikon fesyen dari Great Britain, Dua Lipa juga telah mengangkat Malaysia sebagai destinasi paling menarik yang pernah dilawati olehnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelik Tapi Benar, Dua Lipa Disaman Paparazzi Kerana Guna Gambarnya Sendiri?

Menerusi hantaran satu klip di platform TikTok, ia memaparkan wawancara dalam talian bersama Dua Lipa. Apabila disoal manakah tempat yang paling menarik pernah dilawati oleh Dua, dia tanpa diduga menjawab Kuala Lumpur, Malaysia.

“Saya telah pergi ke banyak tempat tapi saya benar-benar sukakan Kuala Lumpur. Saya pergi ke sebuah tokong di sana dan ia amat menakjubkan,” katanya.

Tokong yang dimaksudkan oleh Dua ini adalah Tokong Thean Hou Temple yang bertempat di Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 Cara Dua Lipa Habiskan Masa Di Kuala Lumpur, Sempoi Gila! – REMAJA

@duafver Most interesting place Dua Lipa has ever visited? @Dua Lipa #dualipa #fyp #parati #viral #futurenostalgia #futurenostalgiatour #dualipaedits #dualipaedit #dualipavideos ♬ DESPECHÁ – ROSALÍA

Tambahnya lagi, setiap kali dia mengunjungi negara-negara di benua Asia bagi menjayakan jelajah konsert, dia akan dijanjikan dengan pengalaman menakjubkan yang digemarinya hingga ke hari ini.

Terdahulu, Dua Lipa pernah bertandang ke KL Live, Malaysia bagi menganjurkan konsert Dua Lipa Live In Kuala Lumpur pada Februari 2018. Malah sebelum itu, Dua menjadi sebahagian daripada penghibur di festival Good Vibes 2017 bertempat di Gohtong Jaya, Genting Highland.

Konsert Dua Lipa Live In Kuala Lumpur 2018.
Aksi satu jam Dua Lipa di Good Vibes Festival 2017.

 

“Dia sebut Malaysia!”

Sudah pastinya, peminat tempatan Dua Lipa amat berbangga terutama apabila nama Malaysia disebut.

Iyalah, siapa sahaja tidak tumpang bangga apabila seorang pemenang anugerah Grammy’s seperti Dua Lupa memuji negaranya.

REMAJA pernah melaporkan mengenai perasaan Dua Lipa tentang impak golongan troll dalam dunia maya terhadap kerjaya serta kesihatan mentalnya.

BACA : Meski Popular & Bergelar Penerima Grammy’s, Dua Lipa Akui Tertekan Kesihatan Mental

Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana