Sebelum ini kecoh di media sosial, apabila netizen mengecam tindakan usahawan dan pengacara popular apabila majlis perkahwinan yang tidak mengikut SOP.
Tak habis dengan itu, tercalit lagi kontroversi pada pasangan dua sejoli ini apabila laporan mengenai keberadaan pasangan pengantin baharu, Noor Neelofa dan PU Haris Ismail di Pulau Langkawi hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa berada di sana untuk berbulan madu.
Tak Sensitif
Terbaru, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor memohon maaf secara terbuka kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam penganjuran majlis pernikahannya dengan pendakwah PU Riz pada 27 Mac lalu.
Melalui video pendek berdurasi 2 minit itu, neelofa sempat menjelaskan isu merentas negeri dan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu.
“Saya buat hari ini kerana sudah selesai apabila kami ( Neelofa dan Haris) kedua-dua keluarga hadir ke Balai Polis Dang Wangi bagi memberi kerjasama dan keterangan untuk membantu siasatan pihak berkuasa”
“Alhamdulillah, untuk kehadiran ke baai polis sudah pun selesai. Kalau kita tengok ada pelbagai versi cerita di luar sana berkaitan dua isu ini dan saya seikhlas hatinya memohon maaf atas dua isu ini….”, katanya.
Selain pelanggaran SOP majlis hari bahagianya itu, Neelofa juga mengakui kesilapannya merentasi negeri dengan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu.
Sehubungan itu, Neelofa dan PU Riz memohon maaf di atas kelemahan mereka kerana kurang menjaga sensitiviti masyarakat berhubung kedua-dua isu tersebut. Malah Neelofa sempat mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan bulan puasa.