Dalam temu ramah yang berlangsung di rancangan temubual Mingguan Wanita di saluran Astro Prima tengah hari tadi, Neeta disoal mengenai perasaan sebaik saja berdiri berdua dengan Han Byul semasa menerima keputusan.
“Honestly, saya tak rasa nervous pun masa itu. Sebab itu apabila kamera berpaling kepada kami berdua, korang boleh lihat saya senyum je hinggalah saat Han Byul diumumkan sebagai pemenang.
“Saya sudah tak kisah dengan kedudukan pertama atau kedua.
“Paling penting pada waktu itu, saya berpuas hati dengan kedua-dua persembahan semalam dan sudah lakukan yang terbaik sepanjang 8 minggu di Big Stage.
“Apa saja keputusan selepas itu, saya terima,” kata Neeta yang menerima sokongan padu dari peminat di media sosial sepanjang malam tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Han Byul Juarai Big Stage 2019, Neeta Manisha Kedua
*
Peserta yang dinobatkan sebagai VIVO BBNU Of The Week untuk kali ketiga itu juga berharap agar penyokongnya boleh berbangga dengan pencapaiannya dari awal hingga ke episod finale.
Dalam temu ramah bersama rakan di Media Hiburan, Neeta berkata,”Ada yang menganggap saya sebagai ‘wakil Malaysia’ untuk kejuaraan. Walaupun tak menang, saya harap tiada yang kecewa dan semua gembira dengan persembahan semua. Lebih-lebih lagi bila saya adalah peserta pertama yang lakukan persembahan.
“Saya memang fobia sedikit bila berdepan situasi ini. Peserta pertama perlu set standard yang tinggi.”
Mengenai perancangan Neeta selepas ini pula, dia sedang bersiap sedia untuk menyiapkan klip video untuk single barunya, Ruang Mimpi. Tak sabar!
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Coret-Coret Finale Big Stage 2019, Ramai Tak Happy Lawak Nabil?
*
HEY GIRLS WE’RE BACK!